Friday, February 25, 2011

JoM meMAsAK "roti puding ella"

Oh indahnya semalam..aku balik rumah dengan hati yang tenang..sebab singa tak bagi kerja banyak sangat..he3..maka pulanglah 3 gadis comel blok A1 ke rumah dan singgah ke kedai runcit yang kami panggil ko'op untuk membeli bahan untuk memasak malam tu..kos yang diperlukan RM9.40 sahaja..ternyata menu malam ni sangat special..(ikan sardin+telor dadar+tauhu goreng)..sambil mengunggu lif terbuka..kami membahagikan tugas untuk memasak . aik macam cerita p.ramlee je DO RE MI & BUJANG LAPOK..tapi ni bukan cerita mereka..ni cerita aku..hu3..ok2 sambung balik...ella-masak nasi, aku-goreng telor & tauhu, k.linda-sardin..baik bos..macam ni la rumah bujang..lauk2 ni menjadi kegilaan bagi kalangan mereka yang duit penuh poket..hu3..maka memasaklah kami semua..kelekung2 kelekang2..maka siaplah sudah....

Maka bentanglah paper sabagai alas untuk men 'cover' makanan dari tumpah..maka makanlah kami semua dengan tekun sekali tanpa bersuara..kerana masing2 tengah layan blues lapar..oh sangat menyelerakan..bourahhhhhhhhhhh..(sendawa)..alhamdulillah..selepas semuanya selesai.barulah masing2 dapat bersuara kerana sudah mempunyai tenaga yang secukupnya..hu3...maka terlihatlah ella akan satu iklan di surat khabar tersebut yang berbunyi.." roti puding mysara"..

ella: weh macam best je wat roti puding ni..lama dah tak makan (mood makan ada lagi)
aku: yeke..aah la macam senang je..jom r kita buat
ella: tapi paper ni dah kotor la
aku: mu salin la bahan2 & cara2 dia
ella: apa pulak..kita gunting je paper ni
aku: ala apa susah..esok aku search je kat tenet..mesti ada dalam paper metro..(idea bernas+mood malas nak potong kertas tu..he3)
ella: ok kalau tak da siap mu eh..aku nak buang dah kertas ni..
aku: (alamak esok kena cari kat tenet ni)..hu3

Maka untuk membuktikan aku telah berjaya mencari apa yang ella minta maka inilah hasilnya.."roti puding mysara"..kepada ella..jangan tak buat pulak..aku sekeh kang..

KHaS uNtUk ElLa..


3 cawan susu segar

3 biji telur

3/4 cawan gula perang

1 sudu teh esen vanila

2 sudu besar gula kasar

1 buku roti High 5

Sedikit kismis untuk hiasan

Bahan untuk kastard vanila:

1/2 cawan gula

1 cawan susu cair

2 1/2 cawan air

2 sudu besar tepung kastard

Secubit garam

* Campurkan gula, susu cair, air, tepung kastard, secubit garam dan esen vanila ke dalam kuali. Bahan hendaklah kerap dikacau untuk mengelakkannya hangus dan kering hingga menjadi sedikit pekat.

Bahan untuk sos strawberi:

200 gram strawberi segar

1/4 cawan gula

50 mililiter air

* Strawberi yang dipotong dimasak bersama gula dan air hingga gula cair dan sebati dengan strawberi tapi jangan terlalu lama untuk mengekalkan tekstur buah.

METHOD

  1. Hiris bahagian kulit tepi roti.
  1. Kemudian potong roti yang dibuang kulitnya kepada bahagian lebih kecil (dadu)
  1. Masukkan telur, susu, gula perang dan esen vanila. Kacau campuran tadi hingga sebati.
  1. Masukkan roti yang dipotong ke dalam campuran yang siap dikacau dan biarkan hingga ia kembang.
  1. Sapukan loyang dengan mentega untuk mengelakkan puding melekat apabila masak.
  1. Masukkan adunan roti ke dalam loyang dan ratakan.
  1. Letak sedikit kismis sebagai hiasan.
  1. Bakar adunan pada suhu 160 darjah Celsius dalam ketuhar selama 40 minit hingga 50 minit atau sehingga ia naik.
  1. Tuangkan sos kastard vanila di sekeliling puding roti yang siap dimasak.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...