Thursday, January 27, 2011

hancus betul


holla...hai semua....hari ni aku nak story sikit pasal kereta 2nd hand aku ni...hu3..semalam aku ke puspakom bangi untuk check kereta. serius aku cakap, aku tak tahu apa pun nak buat urusan tukar nama ni.aku just ikut owner je, iaitu suami kak nor (a.poi) & nasib baik jugaklah kebetulan abg cuti, leh la ikut, tq2....rupanya puspakom ni untuk urusan servis kereta la..nak check enjin, body, asap kereta kot2lah kereta curi ke, kereta yang diubahsuai ke, asap yang membahayakan pengguna lain dan macam2 lagi..kami sampai sana pukul 11 am - 4 pm..lama kan urusan dia,mentang2 free sempena raya cina ni dari 24/01/11-28/01/11..tapi aku kena bayar juga rm30..ok lah tu..dari rm100..yang paling aku tak suka, nak cari tandas..punyalah susah giler..aku memang dah tak tahan.nak cari dengan kereta tak boleh sebab tengah beratur panjang dengan kereta tu..kalau kami gerak, rugi la..nati kena beratur panjang lagi..so, aku cuba la nak cari..kawasan tu penuh dengan bangunan servis kereta dan kilang2..memang kawasan perindustrian.dan pekerja dia majoriti lelaki..aduiii...macamana la diaorang ni dapat hidup kat kawasan macam tu..lepas tu aku try la jalan cari tandas jalan kaki, walaupom takut..abg kena tunggu kereta, a.poi lak ada urusan borang2 tu..adui..baru kuar kereta beberapa langkah..ada lelaki motor tegur aku..lepas tu dia buat muka ghairah & wat jilat2 bibir dia..arhhhhhhhh takutttt..apa lagi..aku terus patah balik lari masuk dalam kereta..giler betul r.yang tak tahannye dia patah balik nak cari aku...lepas tu aku bagitahu abg..abg pun temankan cari tandas, kereta lak biar je..tawakal..hu3..tapi tak jumpa..siyes susah..geram aku..last2 aku pergi pejabat pos laju, mintak sangat2 nak tumpang sana..nasib baik depa bagi..tapi masa tu aku sorang2..tawakal r..jalan sorang2 kat belakang pos laju tu..ada beberapa je orang lelaki kat situ..kawasan tu kat hujung sekali...takut dowh..lepas siap je aku lari lintang pukang,,hu3..lepas tu tak berani dah nak minum air lagi..hu3..takut nak g tandas lagi..pengalaman ni memang hancus r..kawasan yang dipenuhi kekotoran habuk, asap, bunyi, & lelaki giler seks..tapi lega sangat..semuanya dah lulus..tq puspakom..lepas tu kami plan nak ke mahkamah untuk dapatkan cop borang tukar nama, tapi tak sempat..takpe lah jumaat ni aku setelkan..hu3..k adios..

p/s: kalau nak g puspakom bangi..bawa teman ramai2 bagi perempuan terutamanya..

YANG ORANG LELAKI MENYAMPAH PASAL PEREMPUAN


YANG ORANG LELAKI MENYAMPAH PASAL PEREMPUAN

by Kartunis Lengkuas on Saturday, January 8, 2011 at 3:25am

Penulis:PCD

Cakap pasal orang pompuan ni memang macam-macam nak cakap. Sebagai seorang lelaki yang hensem bilo pakcik dapek peluang bercakap kat korang pasal orang pompuan, pakcik cukup seronok. Pasal banyak bonar bondo menyampah yang pakcik nak cakapkan. Antaranyo iolah:-

1. Time suami dalam perjalanan balik dari opis, time tu la orang pompuan menyuruh suami membeli barang dapur.

2. Suka sangat mengemas rumah sampai barang-barang yang orang lelaki simpan bila nak digunakan dicari takde kat tempat tersebut.

3. Bersembang dengan jiran sebelah, sampai kerja rumah tak siap, makan tak tersedia kemudian ajak orang lelaki pergi makan kat luar.

4. Berbual dalam henpon dengan rakan-rakan terlalu lama diwaktu malam sehingga takde masa nak bersembang dengan keluarga sehingga melambungkan bil telefon.

5. Mengambil masa yang cukup lama untuk bersiap, mengalahkan pengantin yang nak kawin bila nak keluar kemana-mana sehingga orang lelaki sempat tidur.

6. Bila si ayah memarahi si anak, si isteri membaking si anak pulak. Contohnya..."eh, abang ni, biar la budak tu bawak motor, takdenya polis, bukan ke bandar pun ke pekan aje."

7. Bila tengah kusyuk tengok TV, orang pompuan memanggil dari dapur suruh potong daging laa.. potong bawang laa..

8. Membebel dan berleter untuk hal yang kecik-kecik dan diulang banyak kali.

U/P : ARTIKEL NI AKU JUMPE ATAS MEJA ORANG TUA TU.. DAH LAMA SIAP TAPI TAK BERANI NAK SIARKAN TAKUT ORANG POMPUAN MARAH.. AKU NAK BAGI KAT LADY D SIARKAN KANG TAKUT DIORANG BERGADUH PLAK. SEBAB ORANG TUA TU BALIK KAMPUNG MENOREH AKU SIARKAN KAT FB NI HAHAHA.. 

Top of Form

Bottom of Form

Tuesday, January 25, 2011

JoM jeJaLaN @ PuTrAjaYa

masa ni dekat masjid putrajaya..kami kenalah pakai jubah ni sebab kami pakai seluar..act cap kat atas tu untuk yang tak bertudung terutamanya pelancong asing yang non muslim..
masa ni kat tepi masjid, kat sebelah tu ada sungai..pemandangan kat sini cantik sangat dan sangat sejuk..nyamannnnnn sangat..yelah..masjid..
pic ni diambil oleh kakitangan yang bertugas..masa kami pergi, rombongan pelajar dari China datang..yang kelakarnya mereka ingat kami ni pelancong juga..dari indonesia..hu3..
ni kat luar masjid..
di suasana kat runag tengah masjid putrajaya..masa ni pagi, so tak ramai lagi yang datang, kalau petang sesak..
inilah kereta aku..he3..walaupun 2nd hand je..aku tetap bersyukur..
ni pulak kat tower putrajaya..dekat je dengan MOF..he3..
amik gambar dulu..
kat taman tower tu, ada juga pondok kecil..mungkin tempat berehat..mesti seronok kalau bawa makanan..he3..boleh lah picnic kat situ..hue
macam kat negara lain pulak ase..hu3..
kami dan pokok...macam nak menoreh getah la pulak..
haaa kat belakang tu destinasi kami..
masa ni rumah kawan kak linda..besday anak buah dia yang cute ni..kenyang kami makan..tq..
like this pic..
ha ni anak buah aku..namanya etty..masa ni kat tasik kat ptesint 6..
kami bawa banyak makanan...bawa etty berkelah..
amboi2..amik pic ngan paksu..senyum lebar je paksu noh??
masa ni kat secret resipe..sambut belated birthday etty..hu3..kek apa??macam biasa la..he3
ha ni pulak pelancong asing dari China..dia nak bergambar dengan budak2 ni..he3..famous gitu lorh..
ehem2...sama merah & hitam..gemuk nye aku...........arhhhhhhhh
hu3..pic ni kat tepi sungai masjid putrajaya..ish2..menarik tak pic ni?he3..kami tiru lagak budak2 laki buat..hu3
dari depan..gemuk ke kurus kering..hu3
eh ella pom nak buat juga..hu3
ha ni pulak mainan dalam bola..macam seronok je..nak try pom segan..hu3..
masa ni dengan kak gie..kat wangsa walk..
camtik kan?tak sangka umur dia 5o kan?
ni nurse mana lak terlepas ni??cun kah beliau???????????uwekkkkk!!!!he3

Friday, January 21, 2011

kisah di MOF

siapakah gadis ini???hebat??sila teka..

pada suatu petang...masa aku balik dari kerja..seorang hamba ALLAH ni menanyakan kepadaku kenapa aku tak update blog aku..wah ada peminat juga rupanya..walau pun tidak lah seberapa yang selalu follow blog aku ni..tapi ada la jugak kan..he3..kau ada??eh lupa lak nak bagitahu namanya..ngeh3..budak tu panjang macam galah..cute orangnya..lemah lembut...tapi asap dia power da...ha3..Ella la gelaranku kepadanya..hu3..okeh ni ada sikit citer kat MOF ni...korang tahu tak program yang kerajaan buat untuk kakitangan mereka?sebenarnya aku pun tak tahu pom..tapi leh la nak cerita sikit2..he3..ok macam ni..setiap syarikat atau kementerian perlu hantar wakil ke setiap organisasi yang lain untuk belajar atau pantau apa aktiviti yang dijalankan di setiap organisasi tu..macam untuk kembangkan pandangan la kot..masa pertukaran yang di buat 2 bulan sahaja.macam praktikal la..so, kat MOF ni ada la juga wakil dari BSN, SURUHANJAYA SEKURITI, BURSA MALAYSIA dan LEMBAGA HASIL .sebenarnya mungkin ramai lagi tapi kami hanya sempat berkenalan dengan mereka ni je..sempat la juga aku lepak sama2..he3..yang tak tahannya boleh jadi bestfriend plak tu..hu3..padahal mereka ni umur da cecah 50 tahun..tapi memandangkan mereka ni tak sombong dan baik, so kami senang la nak berkawan dan anggap mereka macam kakak & abang..walau pun pangkat mereka ni besar tapi low profile je..bagus2.*& yang paling penting, kami sempat bagi resume kami dan kenalah temuduga sikit..he3..nak kenal?jap..

haa..ni adalah wakil BURSA MALAYSIA dan LEMBAGA HASIL..masa ni time rehat kat PJH (Putrajaya Holding).

ni pulak dari kiri wakil dari UKM, BSN, BURSA MALAYSIA, NEPAL..ha3..ish kecian Ella cute aku ni..wakil UKM juga..he3..cuma ingat kenangan kami pergi ke MYDIN jalan kaki..redah bukit..short cut katakan..he3..dekat gler..

ho3 inilah bakal pejabat aku nanti..tengoklah Ella tu..hari2 nak mintak autograf aku..tahu la aku ni artis pujaan dia..ha3...

ha ni pulak kami panggil Kak Gie je..(Penolong Naib Presiden BSN)..aku & Ella penah tidur kat apartment dia kat wangsa maju..kami pergi jalan kat wangsa walk n area KL..hu3..korang tengok tak cerita TIRAMISU???lokasi kedai bunga dalam cerita tu (Karisma) tu di buat kat wangsa maju la..kebetulan lalu kat situ..

ha ni pulak lelaki kacak..ops poyo kan??he3..masa ni kat bangi..erm rambut abg masa ni hensem je..tapi sekarang dah panjang..buruk je..aku tak suka tengok..dah banyak kali aku suruh potong, tapi tak buat pun..ermmmmmmmmmmmmmmm.......................................

Monday, January 10, 2011

Karangan lucu: terima kasih atuk..


he3..lawak kan karangan budak-budak zaman sekarang..tapi sekurang-kurangnya mereka semua ada atuk..aku tak sempat nak merasa semua tu..atuk aku dah meninggal masa aku kecil lagi..tapi aku juga boleh ucapkan terima kasih atuk sebab kerana atuk aku mempunyai abah dan maa..sayang atuk..~sekian~

Tips:Kekal menawan pikat suami

INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf.

SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.


“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.


Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.

Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan
kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

SUMBER: http://www.hmetro.com.my/articles/Kekalmenawanpikatsuami/Article/


hari ni aku tertarik dengan article ni..apa salahnya belajar perkara yang baik untuk masa depan aku dan bakal suami (mohd azhar) nanti..he3..

ilmu: perbankan yang berteraskan riba

Pembabitan masyarakat Islam dalam transaksi kewangan dan perbankan yang berteraskan riba.

Hukum bermuamalat dengan bank perdagangan yang berorientasikan riba pernah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-32 yang bersidang pada 10 hingga11 Jun 1993.


Muzakarah itu memutuskan bahawa;

i) Bekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus.

ii) Pinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang mendesak.

iii) Menyimpan di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus.

iv) Wang faedah diperoleh daripada bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

v) Menerima pelbagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank dan institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya.

vi) Menyewa bangunan kepada bank adalah haram.

vii) Memegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram.

Sehubungan itu, umat Islam dinasihat supaya menyokong sistem kewangan dan perbankan berteraskan Islam bagi mengelak terjerumus dalam kancah dosa yang memudaratkan.

MOHD ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Friday, January 7, 2011

cinta dan sayang

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.


i really love MOHD AZHAR..

ilmu: perbankan dan mazhab

ok, hari ni aku nak story pasal perbankan dan mazhab..masa semester lepas aku ada belajar pengenalan kepada fiqh ekonomi. so, prof aku ni ada cerita pasal perbankan dan mazhab. aku ni bukan la budak pandai pun, datang kuliah lewat pastu suka la pulak lepak paling belakang sekali..he3..hobi kot..bukan apa..senang nak buat ketupat and zzzzzz..warh3..tapi aku adalah antara yang prof skor A..he3..and aku memang dapat A pun..mid and final..dengan habitat yang tak senonoh aku tu macamana aku boleh dapat A??ok jom aku share sikit sebelum kita pergi ke tujuan asal cerita aku ni..masa prof tengah mengajar tu, aku fokus awal2 je, lepas tu mula la main2.tapi bila prof start muzakarah (tutorial), aku memang fokus.apa yang keluar dari mulut prof aku akan usaha salin betul2 walau pun tulisan macam beruk makyih.lepas tu kalau aku tak faham, aku akan tanya sampai la aku faham.and lagi satu, aku ada buat juga study group dengan pera and soli...haaa...itulah rahsia aku dan sahabat2ku..hu3..tapi ada satu perkara yang aku tak sempat nak confirm kan dan aku tak tanya prof..so sekarang aku masih tak puas hati sampailah semalam aku email prof..read this..

soalan

Assalamualaikum prof

Saya Noral Arizawati Bt Abdullah, pelajar prof semester lepas dan sekarang buat Latihan Industri di MOF.

Mengenai perbankan yang saya ingin dapatkan kepastian adalah mengenai mazhab yang diamalkan dalam perbankan terutamanya mengenai Mudharabah.

Mudharabah (Perkongsian Untung) -Suatu pengaturan atau perjanjian di antara pemberi modal (sohibul mal) dengan pengusaha projek (mudarib) di mana pengusaha projek menggunakan dana untuk menjalankan aktiviti perniagaan beliau. Sebarang keuntungan yang diperoleh akan dikongsi antara pemberi modal dan pengusaha projek mengikut nisbah yang telah dipersetujui sementara kerugian pula ditanggung sepenuhnya oleh pemberi modal.


Mengenai nisbah keuntungan di atas, dalam perbankan (mudharabah) di Malaysia, pihak bank atau mudarib yang menentukan nisbah keuntungan yang perlu diberikan kepada sohibumal (pelanggan) kan??di mana ia merupakan amalan bagi mazhab Hanafi kan??sedangkan negara kita merupakan sebuah negara dari mazhab syafie.soalan saya adalah kenapa bank mengamalkan mazhab hanafi dalam Mudharabah? apakah hukum bagi perkara ini?

info:
mazhab hanafi-mudarib tentukan nisbah keuntungan yang perlu diberikan kepada sohibulmal mengikut budi bicara mudarib (yang diamalkan di malaysia)

mazhab syafie-sohibulmal tentukan nisbah keuntungan yang perlu diambil oleh mudarib mengikut budi bicara sohibulmal

apakah betul pemahaman saya berdasarkan info di atas?
p/s: pegawai MOF juga ingin mengetahui perkara sebenar.

sekian, terima kasih.


jawapan

soalan ini ada dua isu berbeza:

1. Berkenaan harta wadiah. mungkin tentang simpanan wadiah dibank Islam.

untuk harta wadiah ia, pemegang wadiah iaitu bank boleh memperniagakan harta tersebut iaitu simpanan wadiah dan mengikut mazhab hanafi keuntungan milik bank. ia boleh beri kepada tuan punya harta iaitu penyimpan mengikut budi bicaranya. tetapi ia mesti lah dikenakan ganti / mengganti jika mengalami kerugian keatas harta wadiah. kalau mengikut mazhab shafie keuntungan milik tuan punya harta.

Tidak ada masalah kita amalkan mazhab lain dalam akaun wadiah ini walaupun malaysia bermazhab shafie kerana dalam kes ini pandangan mazhab hanafi lebih praktikal dengan perniagaan bank dan mudah diurus oleh bank.


2. berkenaan dengan mudarabah.

kontrak mudaraah pada dasarnya tidak boleh disyaratkan mudarib menganti jika berlaku kerugian. jika disyaratkan mudarib mengganti / menanggung kerugian maka syarat itu adalah batal tetpi kontrak mudarabah tetap sah. kerosakan atau kerugian harta mudarabah mesti ditaggung oleh tuan punya harta (sohibul mal).
bahagian keuntungan mesti dibincang dan dipersetujui bersama.

walaubagaimana pun mengikut mazhab Hanafi, Maliki dan juga Hanbali kontrak mudarabah boleh mensyaratkan seluruh keuntungan diberi kepada mudarib, dan kontrak ini akan menyamai kontrak hutang walaupun pada majaz sahaja. oleh itu mudarib akan mengganti jika berlaku kerugian (kerana ia seperti telah berhutang). dan keuntungan yang diperolehi boleh diberi kepada sohibul mal mengikut budi bicaranya.

rasanya ini yang diamalkan dimalaysia, oleh itu bank akan mengganti jika berlaku kerugian dan ia juga yang menetukan bahagian untung kepada sohibul mal.

juga tiada masalah kita mengamalkan mazhab lain selain shafie asalkan kita faham sebab dan alasannya kerana dengan menggunakan pandangan mereka produk perbankan menjadi lebih praktikal dan kompetatif.


Nota:
sama seperti kita membayar zakat fitrah menggunakan duit. ini adalah pandangan mazhab hanafi yang membolehkan kita membayar zakat fitrah dengan duit. mengikut mazhab shafie tak boleh, mesti bayar dengan beras. dalam kontek semasa di malaysia mana yang lebih praktikal, tentunya guna duit. sah tak zakat fitrah kita, tentunya sah.

wallahua'lam.


Wednesday, January 5, 2011

lelaki paling gemuk

Tahukah anda 2: lelaki paling gemuk.

MASON hanya terbaring ketika berat badannya mencecah 444 kilogram.


London: Mason lelaki paling gemuk- 444kg

Kesiankan tengok Mason ni..dia jadi macam ni sebab stress..katanya ditinggalkan kekasih..sekarang umo mason 50 tahun..slps clash slera mkn dia mjadi2..dia mkn 24 jam sbb nk ubati hati yg luka..sob3..gemuk punya gmuk mybbkan mason xleh bjalan..hnya tbaring mcm ni je r..pas2 doctor bgtaw law mason nk idup kne lakukan pembedahan n akhirnya berat badan dia da trun lebih dari 190 kg..dan gelaran lelaki paling gemuk pom dah xda..he3..so skng mason arap dapat jmpa cinta baru..so pengajaran dia kat sni..kepada sesape yg ngah kecewa d tinggalkan kekasih 2..jgn tiru aksi mason ye..he3..amalkan senaman n mkn makanan yg seimbang..ble badan da lawa baru la awek/pakwe tpikat..life must go on k..he3..ha pasal awek mason ni lak..sbenarnya umo dia lebih tua dari mason..mason 21 n that gurl 39..tua kn?tp xsedar diri..ye tinggalkan mason sebab dia dah jumpa lelaki lain n terus btunang n tinggalkan mason..sabar la mason..nk wat guano..mu amik mek kalsom jelah..warh3..adios..

Tuesday, January 4, 2011

smbut bday..


kek bday..beh sgt kek coklat indulgence ni taw..try it!

mkn prosperity gak..he3

lpas mkn..miuauwwwwwwwwww..

smbut bday abg kt alamanda ja..ni je ak mampu..hu3..lpas 2 kami g jejalan kt tasik..ella pom g. ramai sgt pasangan pgantin dok amik pic kat situ..tmpat 2 mmg lawa n famous la gak kat putrajaya ni..ala kt presint 6 je..kami bw mknan la gak..konon2 nk picnik la..hu3..pas2 sesi fotografi mest la ada..he3..erm..law g reramai lg beh sbenarnya..n nk g sn pom xrancang..tetibe ja dpt idea nk bjalan ptg 2 lpas blk smbut bday 2..k la..tata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...