Wednesday, October 19, 2011

LAYANAN BERUBAH




LAYANAN BERUBAH

06/10/2011
Korang pernah berkampung kat hospital??nak dengar story tak??jom…Kalau duduk hospital kena bawa sweater, selimut,stoking & perkakas penting yang lain..tapi yang penting stoking & selimut..sana sejukkkkkkk…tapi nasib baik sejuk dari panas..nak tahu kenape aku cakap cam tu??sebab ma beruntung sebab ada kakak aku yang bekerja sebagai cikgu..boleh juga guna gerenti letter (GL)..boleh duduk dalam air cond iaitu kelas pertama..kalau tak, duduk kelas ke-3 guna kipas je..tengah hari memang panas..sebab tulah akak aku cakap kena cari kerja betul2, nak2 kerja gomen..nati baru dapat layanan yang baik.macam tulah dunia..semua pandang kedudukan..berdasarkan pengalaman akak aku..first time die beranak, dia tak bawa lagi surat gerenti letter tu, memang nurse bagi layanan yang buruk..cakap kasar2..tapi bila abg ipar aku dah bawa surat tu barulah layanan dia berubah..nurse tu cakap..owh cikgu rupanya.layanan terus berubah kepada ramah...ha nampak tak??hurmmmm..nurse tu ada diploma nursing je..N29 je..kalau dia sakit pun, dia tak layak duduk kelas pertama pun, bukan nak pandang rendah kat semua nurse..Cuma kat nurse2 yang perangai teruk ni je..aku memang menyampah..aku bukan ape ada lagi cerita aku masa jaga ma aku kat hospital KB ni..tapi aku tak biarkan macam tu je..aku ajar sikit..kalau tak bagi pengajaran..bukan NORAL..ceritanya bermula dengan tindakan aku yang hanya duduk atas katil pesakit yang kosong..kerana tiada kerusi, abah dah guna..1 pesakit 1 kerusi..so aku terpakse la duduk sikit atas katil kosong kat sebelah katil ma tu..bukan duduk sebenarnya..hanya menyandar aku kira..tetibe je nurse yang sombong tu tengking aku depan2 orang ramai..marah aku duduk atas katil tu..kenape dia tak tegur aku secara baik??aku tahu aku salah, tapi wajarkah menengking aku dengan cara begitu??sepatutnya nurse yang baik tidak akan mengaibkan orang dengan cara begitu..apa salahnya kalau die datang secara dekat dengan aku & menegur dengan cara yang baik..ini tidak..tengking dari jauh..masa tu aku pun terkejut..macam tak sangka aku kena marah macam tu..tapi kerana aku tahu aku salah..aku turun..bila  aku dah rase malu dan rase tak patot aku diperlakukan macam tu..aku cuba mencari saluran yang betul..nasib baik aku ni jenis suka meninjau sekeliling..sebelum itu aku ternampak 1 kotak untuk membuat sebarang aduan/cadangan serta nombor telefon ketua nurse untuk mengadu sebarang masalah dengan staff nurse..dengan tidak berfikir panjang, aku terus menelefon ketua nurse & tempat aduan..setelah menerangkan ape yang terjadi, mereka memihak kepada aku..memang aku salah tapi dia takde hak nak marah aku dnegan cara begitu..lagipun nurse yang sombong tu je yang berlagak..nurse lain siap suruh aku tidur lagi atas tilam tu kalau takde pesakit..dah ada tilam kenape nak tidur atas lantai nurse yang baik cakap..tengok..ada beza kan orang yang perangai macam hantu dengan orang yang berhati mulia..masa mengadu tu memang mereka nak detail tentang nama nurse yang berlagak bagus tu, aku tengok detail dia kat carta organisasi..muahahahah..aku bukan nak khinatkan die..tapi sebagai pengajaran untuk dia supaya bersikap lebih ramah dengan orang ramai....& lepas tu dia macam dah baik sikit dengan aku..

Satu cerita lagi sepanjang aku berkampung kat hospital..kisah  mengenai seorang cleaner yang bertindak kurang ajar juga dengan aku..kalau korang tengok cleaner mesti korang kesian kan kat depa..kesian nye..keja macam ni..mesti penat..aku pulak akan senyum kat depa..supaya mereka tak rasa rendah diri dan akan hormati mereka kalau mereka nak lap lantai, aku akan duduk atas katil supaya tidak menghalang kerja mereka..tapi lain pulak dengan sorang cleaner lelaki ni..macam aku cakap tadi,,aku akan hormat mereka..masa dia nak lap lantai tu aku duduk atas katil sambil membaca buku Ujang atas meja makan pesakit..masa dia nak lap bawah meja tu..dia main tarik je meja tu, terkejut aku,kenape die tak cakap nak tarik meja tu..kenape main tarik je..KURANG AJAR!!!!..sedangkan die nampak aku tekun membaca buku tu dan tidak menghalang kerja2 dia..nampaknya die memang cari penyakit dengan aku..memang aku kenal cleaner ni dengan perangai dia buat kerja dengan kasar & langsung tak hormat orang lain,tak kira pesakit mahupun pelawat/penjaga. Aku apa lagi..terus memberitahu staf nurse mengenai perkara ni dan mereka memberitahu aku sebelum ni cleaner ni pernah mendapat aduan sebelum ni kerana tindakan kasarnya ketika menjalankan tugas. Nurse membeitahu supaya aku menulis surat aduan ke kotak cadangan/aduan dan menelefon terus ke bahagian aduan dan mereka berjanji akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Masa kejadian abah tak datang lagi..semasa dia mengelap lantai tu, aku cakap la, tak boleh nak cakap sepatah ke nak tarik meja??pastu dia buat tak tahu je..aku pun saje je telefon abah..mengadu depan die..die tahu la aku cakap kat abah yang aku nak wat aduan..aku tengok dia dah tak senang duduk dah..macam takut2 je..lepas tu abah pun sampai..pastu cleaner lelaki tu pun menyorok dalam bilik nurse..dia takut..abah pun tunggu die depan pintu tu..die kunci pintu..tapi sampai bila die nak menyorok dalam tu??dia kena jalankan tugas mengelap lantai die..last2 dia keluar juga..abah meluru ke arah dia..terus dia mencapai tangan abah dan bersalaman minta maaf..abah cakap tangan die sejuk giler..hu3..kesian la pulak..tapi die perlu di beri pengajaran juga..abah menasihati die supaya tidak mengulangi perkara yang sama kat orang lain..kalau nak kerja buat elok2..jangan berkasar dengan orang..kalau nak tarik meja atau apa saja..minta kebenaran..dia mengangguk faham..selesai..tamat..

1 comment:

  1. kakak rasa bagus adik meluahkan serita ini...ramai pesakit terkena... jururawat dan cleaner suka melihat pesakit dari luar tapi tidak memikirkan pesakit juga adalah manusia dan mempunyai harga diri. Mereka tidak mintak sakit tapi ini ketentuan Allah semua akan merasa sakit. Allah sayang hamba hambanya. Bak kata orang tua menilai orang adalah dari kata kata yang tinggi budi bicaranya bukan dari pakaian yang di pakainya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...