soalan
Assalamualaikum prof
Saya Noral Arizawati Bt Abdullah, pelajar prof semester lepas dan sekarang buat Latihan Industri di MOF.
Mengenai perbankan yang saya ingin dapatkan kepastian adalah mengenai mazhab yang diamalkan dalam perbankan terutamanya mengenai Mudharabah.
Mudharabah (Perkongsian Untung) -Suatu pengaturan atau perjanjian di antara pemberi modal (sohibul mal) dengan pengusaha projek (mudarib) di mana pengusaha projek menggunakan dana untuk menjalankan aktiviti perniagaan beliau. Sebarang keuntungan yang diperoleh akan dikongsi antara pemberi modal dan pengusaha projek mengikut nisbah yang telah dipersetujui sementara kerugian pula ditanggung sepenuhnya oleh pemberi modal.
Mengenai nisbah keuntungan di atas, dalam perbankan (mudharabah) di Malaysia, pihak bank atau mudarib yang menentukan nisbah keuntungan yang perlu diberikan kepada sohibumal (pelanggan) kan??di mana ia merupakan amalan bagi mazhab Hanafi kan??sedangkan negara kita merupakan sebuah negara dari mazhab syafie.soalan saya adalah kenapa bank mengamalkan mazhab hanafi dalam Mudharabah? apakah hukum bagi perkara ini?
info:
mazhab hanafi-mudarib tentukan nisbah keuntungan yang perlu diberikan kepada sohibulmal mengikut budi bicara mudarib (yang diamalkan di malaysia)
mazhab syafie-sohibulmal tentukan nisbah keuntungan yang perlu diambil oleh mudarib mengikut budi bicara sohibulmal
apakah betul pemahaman saya berdasarkan info di atas?
p/s: pegawai MOF juga ingin mengetahui perkara sebenar.

jawapan
soalan ini ada dua isu berbeza:
1. Berkenaan harta wadiah. mungkin tentang simpanan wadiah dibank Islam.
untuk harta wadiah ia, pemegang wadiah iaitu bank boleh memperniagakan harta tersebut iaitu simpanan wadiah dan mengikut mazhab hanafi keuntungan milik bank. ia boleh beri kepada tuan punya harta iaitu penyimpan mengikut budi bicaranya. tetapi ia mesti lah dikenakan ganti / mengganti jika mengalami kerugian keatas harta wadiah. kalau mengikut mazhab shafie keuntungan milik tuan punya harta.
Tidak ada masalah kita amalkan mazhab lain dalam akaun wadiah ini walaupun malaysia bermazhab shafie kerana dalam kes ini pandangan mazhab hanafi lebih praktikal dengan perniagaan bank dan mudah diurus oleh bank.
2. berkenaan dengan mudarabah.
kontrak mudaraah pada dasarnya tidak boleh disyaratkan mudarib menganti jika berlaku kerugian. jika disyaratkan mudarib mengganti / menanggung kerugian maka syarat itu adalah batal tetpi kontrak mudarabah tetap sah. kerosakan atau kerugian harta mudarabah mesti ditaggung oleh tuan punya harta (sohibul mal).
bahagian keuntungan mesti dibincang dan dipersetujui bersama.
walaubagaimana pun mengikut mazhab Hanafi, Maliki dan juga Hanbali kontrak mudarabah boleh mensyaratkan seluruh keuntungan diberi kepada mudarib, dan kontrak ini akan menyamai kontrak hutang walaupun pada majaz sahaja. oleh itu mudarib akan mengganti jika berlaku kerugian (kerana ia seperti telah berhutang). dan keuntungan yang diperolehi boleh diberi kepada sohibul mal mengikut budi bicaranya.
rasanya ini yang diamalkan dimalaysia, oleh itu bank akan mengganti jika berlaku kerugian dan ia juga yang menetukan bahagian untung kepada sohibul mal.
juga tiada masalah kita mengamalkan mazhab lain selain shafie asalkan kita faham sebab dan alasannya kerana dengan menggunakan pandangan mereka produk perbankan menjadi lebih praktikal dan kompetatif.
Nota:
sama seperti kita membayar zakat fitrah menggunakan duit. ini adalah pandangan mazhab hanafi yang membolehkan kita membayar zakat fitrah dengan duit. mengikut mazhab shafie tak boleh, mesti bayar dengan beras. dalam kontek semasa di malaysia mana yang lebih praktikal, tentunya guna duit. sah tak zakat fitrah kita, tentunya sah.
wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment