Monday, January 10, 2011

ilmu: perbankan yang berteraskan riba

Pembabitan masyarakat Islam dalam transaksi kewangan dan perbankan yang berteraskan riba.

Hukum bermuamalat dengan bank perdagangan yang berorientasikan riba pernah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-32 yang bersidang pada 10 hingga11 Jun 1993.


Muzakarah itu memutuskan bahawa;

i) Bekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus.

ii) Pinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang mendesak.

iii) Menyimpan di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus.

iv) Wang faedah diperoleh daripada bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

v) Menerima pelbagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank dan institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya.

vi) Menyewa bangunan kepada bank adalah haram.

vii) Memegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram.

Sehubungan itu, umat Islam dinasihat supaya menyokong sistem kewangan dan perbankan berteraskan Islam bagi mengelak terjerumus dalam kancah dosa yang memudaratkan.

MOHD ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...