Saturday, July 17, 2010

PoRt bEh LEh LEpaK mS pInJamAN oR bIAsiSwA dAPAT

Ha..ingt lg x yg ak cter dl sal 4 musim tu???erm beh r law dapat g..ni ak de tbaca paper sal restoren kt sn..take a look k!

mENu 4 muSiM

MENJAMU selera di restoran Four Happy Seasons menjanjikan pengalaman berbeza. Pelanggan boleh memilih bahagian disukai sama ada menikmati hidangan di ruang makan berkonsep musim panas, bunga, sejuk atau luruh.

Dibuka lebih setahun lalu, restoran yang mendapat pengiktirafan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu menyediakan lebih 60 menu makanan dan 40 jenis minuman.


Chef, Shahzali Shamsuddin berkata, bersesuaian slogan Four Happy Seasons iaitu restoran lima bintang tetapi harga tiga bintang, pihaknya berusaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan keselesaan setanding hotel tetapi dengan harga berpatutan.


Katanya, setiap pesanan akan disediakan secepat mungkin dan pelanggan boleh membuat tempahan awal sebelum datang ke restoran.


“Mereka boleh menghubungi restoran dan menempah menu dikehendaki. Sebaik mereka sampai, makanan terus dihidang. Langkah ini menjimatkan masa kerana tidak perlu menunggu lama menanti makanan dipesan,” katanya.

Sudut makan berkonsep musim sejuk disediakan di tingkat atas dengan suhu sejuk berangin di bawah 15°C manakala sudut makan musim luruh terletak bersebelahan tetapi di luar bangunan.


Di tingkat bawah, pelanggan boleh menikmati hidangan di ruangan berhawa dingin atau di luar bangunan. Setiap ruang makan berkonsep itu dihias mengikut ‘mood’ musim berkenaan.


Sebagai tarikan, Four Happy Seasons menyediakan menu ala carte dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam. Pelanggan yang membeli empat menu dalam set ala carte boleh memilih satu hidangan percuma bernilai RM12 ke bawah.


Selain itu, restoran berkenaan menawarkan diskaun 15 peratus kepada penuntut universiti dan kolej berhampiran kawasan itu. Penuntut dikehendaki menunjukkan kad pelajar untuk mendapatkan diskaun.


Menarik untuk dicuba ialah ikan siakap mangga ‘double happiness’. Hidangan tersenarai dalam menu musim panas itu digoreng garing dihidang bersama mangga muda dimayang halus serta sos ala Thai yang pekat, pedas dan manis.


Untuk menu Barat, Indiana chicken chop dalam hidangan musim luruh juga tidak kurang enaknya. Ayam dipanggang di atas batu gunung berapi tanpa penggunaan minyak. Ia dilapisi chicken ham dan keju cheddar selain kentang bakar, roti, brokoli dan salsa.


Menu musim bunga pula, gulungan udang harimau mangga ialah menu Vietnam dimakan dengan mayonis. Pelanggan boleh mencuba sate Vietnam yang berbeza rasanya daripada sate tempatan. Ia diperap seharian dengan lada hitam dan rempah. Untuk satu hidangan ada sebanyak 10 cucuk sate iaitu ayam dan daging.

Bagi hidangan musim sejuk, sup sirip ikan yu ditawarkan dengan harga lebih murah daripada tempat lain. Ia hanya dibuat apabila menerima pesanan pelanggan.


Sebagai pencuci mulut, pankek durian berbaloi dipesan jika datang dalam kumpulan ramai manakala kek keju marble untuk yang sukakan makanan berasaskan keju. Kek itu terjamin kesegarannya kerana dibuat dalam kuantiti sedikit setiap hari.


Untuk pembasah tekak, rasai kesegaran minuman kesihatan, ginger puree longan yang membantu menghilangkan angin dalam badan. Dihidangkan dalam satu teko, ia boleh diisi semula.


Mampu memuatkan 270 orang dalam satu masa, restoran itu turut menerima tempahan untuk sambutan hari jadi, acara, sambutan ulang tahun perkahwinan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...