Wednesday, October 19, 2011

SAMBUNG MASTER??


SAMBUNG MASTER??

(18/10/11)

Sekarang otak aku ligat memikirkan sama ada nk sambung master atau tak..ermmm korang pikir patut ke aku sambung???dari dok lepak tunggu kerja yang tak kunjung tiba, aku rasa baik aku isi masa aku dengan belajar..lagi pom dah rasa rindu pulak nak masuk kuliah…he3..tarikh pendaftaran untuk sambung master dah buka..last tutup 15/11/2011 ni untuk pengambilan bulan januari ni…tapi masalah yang paling aku bengkek sekarang..DUIT!!!!..haish menyampah betul..member aku cakap yuran 1 sem dah rm1800..fuiyooooooo mane nak cekau der???dengan nak beli buku lagi,makan,rumah dan macam2 lagi untuk kegunaan sebagai pelajar..hurmmmmmmmmm…..kalau nak sambung master pom aku nak sambung kat fakulti lain..bukan fakulti ekonomi dan pengurusan lagi tapi fakulti pendidikan..aku nak amik master dalam pendidikan ekonomi..ha ok tak???mintak2 senang dapat kerja..ceh 2 je r alasan nak sambung belajar.untung2 leh jadi pensyarah..muahahahaha.mau tak nyer..ada degree pom susuh nak dapat kerja..tadi member aku call cerita pasal nak sambung master ni r..law tade duit, pepandai r cari sponser..contoh nya zakat negeri Kelantan, zakat ukm, yayasan Kelantan..tapi kalau aku nak smabung jpa aku ni, layak ke???result aku ni depa terima ke??setakat 3.32 je..hurm…ha ade tak sape2 nak sponser aku??aku terima dengan hati terbuka..ceh..kecik tapak tangan, tapak kaki aku tadah lagi..muahahahaha..eh kalau aku sambung master n dapat lak jpa,,ni contoh ye..aku leh kawin ke??sebab masa degree dulu, syarat penerima biasiswa tak boleh kawen..hu2.naya betul..mungkin untuk master ok kot..eleh perasan..macam senang nak dapat..susah kot..setiap tahun depa terima 60 orang je..tu pom yang result power2..kau layak???eh kau ada noral???hurmmmmmmm….

KEPUTUSAN SCAN


KEPUTUSAN SCAN
(16/10/11)
Keputusan telah diketahui..apa yang doktor bagitahu..kalau nak buat pembedahan pun tak boleh juga..kesian maa..isi lebih atau polyps tu akan naik balik kat dalam telinga ma, & bukan 1 tempat je ada polyps tapi banyak tempat. Kalau ma tak makan ubat kuman tu akan makan tulang pulak. Sekarang aku kena jaga ubat ma..kena bagi ikut masa. Sekarang ubat tu je boleh matikan kuman yang degil tu.sebelum ni dah banyak kali telinga ma sedut nanah, darah & polyps tu..tapi naik lagi..so doc dah tak buang sekarang..Kalaulah aku ada kuasa..aku nak tukar je tempat sakit dengan ma. Ma dah banyak penyakit..sekarang tambah lagi 1..ya ALLAH mintak2 la ma cepat sembuh.amin..

WARKAH UNTUK MAA

WARKAH UNTUK MAA
05/10/2011
Maa..tika ini anakmu in hanya mampu melihat penderitaan ma.. ma hanya mampu terbaring menahan kesakitan sejak beberapa bulan yang lalu. Tika ini juga air mata aku mengalir laju dan teresak2 dalam diam. Khuatir didengari. Ma, maafkan anakmu jika selama ini anakmu ini banyak menguris hati ma. Anakmu ini juga masih belum berjasa untuk ma dalam bentuk pemberian wang ringgit terutamanya untuk membuatkan hati ma gembira. Ya ALLAH panjangkanlah umur kedua ibubapaku dan seluruh keluargaku supaya aku dapat berjasa kepada mereka dan dapat membalas jasa mereka..amin..itulah antara doa yang selalu aku minta dari ALLAH s.w.t…semoga ianya dimakbulkan..amin… tapi buat masa sekarang aku hanya memberi apa yang termampu..menjaga makan minum ma, bagi ubat, jaga pakaian & tangan ini untuk memimpin ma untuk ke tandas tika ma tidak mampu berjalan sendiri. Tika ini hanya aku dan abah yang menjaga ma. Dan pernah suatu ketika aku dan abah perlu jaga ma secara bergilir hingga lewat malam dan sehingga selepas subuh. Sebelum ini telah lama kita berkampung di hospital tapi aku tak kisah untuk tidur berbantalkan beg dan tikar menjadi alas untuk mengelakkan kesejukan yang melampau atas lantai..memang sejuk..
Ma selalu pegang kepala, aku ingat ma hanya pening biasa sebab tu perkara yang biasa terjadi bagi ma. Ma banyak sangat penyakit. Hari ni ada satu lagi kejutan mengenai penyakit ma..aku terbaca di kertas ubat ma mengenai jenis sakit..doktor tulis sakit; brain tumour..terus aku mencapai telefon nak menghantar mesej kat dr.aifa..doktor yang selalu merawat ma sepanjang kami berulang alik ke hospitak KB…sepatutnya keputusan CT scan tahu 16/10/2011 tapi kat surat ubat ma dah ada jenis sakit..cepat2 aku mesej dr.aifa..yang berbunyi..
“assalamualaikum Dr.Aifa. maaf ganggu. Saya noral. Kad kad ma sy td ada tls brain tumour. Betul ke ma sy ada ketumbuhan dalam otak? Maknanya bhaya sgt r kn? Patutlah ma sy asyik skt kepale je.leh ubatkan x?”
Date: 05/10/2011
Time :17:58
Selepas 10 minit mesej di hantar..kemudian..ring3..telefon aku berbunyi..tertera nama Dr.Aifa hospital KB..sungguh prihatin beliau..seorang wanita berkulit putih dan berkaca mata..urus orangnya..sangat peramah dan baik..Dr.aifa memberitahu bahawa aku perlu mendengar penjelasan yang lebih detail dari pakar sendiri..pakar dari ENT pada 16/10/11 ni..CT scan d buat pada 13/09/2011..Dr.Aifa hanya meminta aku bertenang dan bersabar kerana aku tak dapat menahan sebak ketika bercakap. Oh tuhan tolonglah hambamu ini, berikanlah kekuatan untuk ku..telefon dimatikan..senyap..hanya sedu sedan kedengaran..abah baru balik dari kerja..aku memberitahu abah mengenai perkara ini..ternyata abah juga terkejut..buntu.

Masa ke KL 25/09/2011 hari tu untuk ke konvokesyen aku yanga kan di adakan 27/09/2011, sebenarnya telah banyak dugaan yang perlu ditempuhi..sebenarnya dah banyak kali keputusan di buat..sekejap nak pergi sekejap tak nak pergi..sebenarnya aku tak kisah pun tak pergi ke konvo aku tu..lagipun untuk terima skrol je..lagipun aku rase tak sanggup nak tinggal ma & abah kat kampung sedangkan aku pegi bergembira dengan kawan2..sebenarnya dah banyak kali juga aku menangis kat kerusi kuning kat tepi rumah tu..aku tak tahu nak buat ape..pegi ke tak..so aku nangis je r..lagi pun aku dalam delima..abah macam nak pegi sangat2 konvo aku tu, tapi bila piker balik, kalau bawa ma & abah skali gie KL, aku takde la rase bersalah sangat tinggal depa kan tapi yang aku pikir sekarang ni pulak..aku kesian kat ma pulak..larat ke ma nak tempuh perjalanan yang jauh tu??kelate ke KL..9 jam tu..dengan kereta la…bukan kapal terbang..hurmmmm..ma pulak nak pegi sangat2 jugak walaupun ma tahu ma tak kuat..dah lama sangat duduk dalam rumah je..bosan kot..akhirnya kami buat keputusan last minute..masa pagi nak bertolak tu baru buat keputusan..akhirnya kami bertolak ke KL..nasib baik pergi dengan abg fatah aku, boleh la berhenti bila2 masa yang kami nak..nak2 kalau ma nak pegi toilet..kalau dengan bus, memang susah..alhamdulillah sepanjang perjalanan keadaan ma dikira ok..hanya terbaring di kerusi belakang..abg fatah drive, abah kat kerusi depan..aku dengan ma kat belakang..disebabkan ma baring sepanjang perjalanan dari pasir mas ke KL, bermaksud aku tak dapat bersandar…lenguh badan hanya tuhan yang tahu..sandar kejap2 je..masa ma bangun untuk minum dan ke toilet, kebanyakkan masa aku hanya menungkatkan dagu ke kerusi depan…takpelah janji semua berjalan lancar..janji sampai dengan selamat & aku tengok ma macam dah sihat sikit..seronok kot dapat jumpa anak2 ma yang lain kat KL, abe die, abg fatah,kak  ila, kak yah & aku..sume ada kecuali akak sulong aku..kami lepak rumah kak yah aku kat rawang.,,pada hari konvo ma tak dapat pergi..takut ma tak sihat tiba2..susah..kat sana mesti jem kuat..nanti kesian kat ma nak baring2 takde tempat..
Banyak gambar yang kami ambil dengan jubah aku termasuk kat gambar studio..rase sedikit terkilan sebab takde pun gambar ma kat studio..masa konvo akak aku kat usm dulu ma sihat..boleh bergambar bersama kat studio..tapi time aku ma takde dalam pic..rase bersalah pulak..kami pun balik ke Kelantan..tunang kesayangan hantar kami semua..macam biase..aku tak dapat sandar dari KL-kelate..so untuk menebus rase bersalah aku..kat kelate aku bergambar dengan ma, masa tu aku tengok ma macam ok sikit..so aku pujuk ma sangat2 walaupun pada mulanya ma tak larat nak bangun..aku pakse juga,,,aku nak ma ada dalam pic masa aku pakai jubah tu..masa kat KL hari tu aku dah pakse tapi ma tak larat nak bangun.akhirnya ada juga pic ma..so glad.
Sahabat aku..ella & soly..banyak tolong aku masa aku dalam kesusahan terutamanya mengenai konvo aku..banyak sangat pertolongan mereka yang tak dapat aku balas dengan hanya ucapan terima kasih..merekalah sahabat sejati..aku menghadiahkan mereka 1 hadiah sebagai tanda ucapan terima kasih walaupun aku tahu ia masih belum terbalas..aku tak sempat nak menguruskan mengenai konvo sebab masa tu aku sibuk dengan berulang alik ke hospital..kalau takde diorang,mungkin aku tak pergi ke konvo.tq sahabat..
Pasal kerja pulak, buat masa sekarang aku langsung takde masa nak pikir..abah sekarang kerja buat rumah kawan abah..so tanggungjawab jaga ma aku kena pikul..abah ketja tak lama kot..dalam bulan 11 siap kot..nanti barulah aku nak try cari kerja..
Abg @ tunang aku ni pun memang banyak berjasa kat aku..kalau takde abg ..mungkin aku tak gie konvo aku..abg banyak support aku..banyak juga aku bebankan abg dengan masalah aku..abg pulak tak kisah..kesian abg.semua yang aku minta abg buat, abg akan buat yang terbaik walaupun mungkin abg tak mampu tapi abg masih bagi yang terbaik untuk aku..aku tahu...sebab tulah aku syg sangat kat abg..tq my yayang..semua family aku pun sangat sayang kat abg..abg jenis senang nak mintak tolong, tak lokek, ambil berat pasal ma & macam2 lagi yang buat kami semua sayang abg..aku bersyukur kerana ditemukan dengan abg..abg lah kekuatan aku ketika aku selalu bersedih dan tempat untu mengadu semua masalah dan kesedihan…
Akhir sekali..ma anakmu ini berdoa semoga ma cepat sembuh dan cergas sekali. Semua anak2 ma sayangkan ma..walaupun yang lain tinggal berjauhan, kami semua sayangkan..abah juga mat sayangkan ma..tika ma tak terdaya untuk bangun mandi, abah akan pimpin ma & mandikan ma..sangat penyayang dan sabar abah ketika menjaga ma.walaupun dah banyak usaha yang abah lakukan untuk memulihkan ma dengan membawa ke banyak hospital, bawa dukun kampung, abah buat air penawar (bacaan yasin & doa), minum air zam-zam dan minta tok imam mendoakan kesihantan ma ketika di mekah.& banyak lagi.tapi kami hanya mampu berusaha yang terbaik untuk ma..selebihnya ALLAH yang tentukan.”ya ALLAH aku berharap ma sihat kembali dan penyakit ma dapat diubati..amin”...ma..terima kasih kerana melahirkan kami & menjaga kami sejak kecil lagi.kami mendoakan ma & abah panjang umur..kami sayangkan ma & abah..

APA YANG AKU NAK DARI ABG BILA DAH KAWIN??


APA YANG AKU NAK DARI ABG BILA DAH KAWIN??
(12/10/11)
Aku nak abg sayang aku sepenuh hati, abg jaga aku dengan baik, bila aku mengandung nanti, abg salu sapu losyen @  bio oil kat perut aku, abg urut kaki aku sebab lenguh bawa baby abg kat dalam perut (mintak2 dapat anak kembar), abg ajar aku mengaji,salu tolong aku kat dapur, dalam wanita hari ini penceramah tu cakap kalu nak suami salu tolong kita dan jadikan rumah tangga harmoni, kena lah didik suami kita dari awal perkahwinan. Contoh nya masak sama2, kalau aku kemas rumah abg basuh baju & macam2 lagi boleh buat sama2..lagi pun isteri ni bukan kuli, tak kan semua kerja isteri nak buat..dah la penat kerja, pastu isteri nak kena masak lagi, kemas umah lagi, layan suami lagi, jaga anak lagi..suami lak tahu mengarah je..patut ke??? Tu tak kira lagi suami mintak cekodok tengah2 malam..memang la isteri kena patuh kat suami..kena buat apa yang suami arah..tapi kalau melampau & tak reti2 nak tolong isteri tu patot ker?? Aku harap abg jenis yang paham apa yang aku nak nanti..he3..salu tolong aku tanpa aku minta di tolong..he3..amin.. Aku rasa suami yang tolong isteri bukan suami yang takutkan isteri tapi suami yang mithali..Rasulullah s.a.w sendiri menjahit pakaiannya yang koyak tanpa menyuruh isterinya ainsyah r.a. Ini menunjukkan suami yang baik tak akan menyuruh isteri jika dia boleh buat sendiri. Bukan hanya bergantung kepada isteri sepenuhnya. Bestkan macam tu..he3..lagi pun bukan nak buli suami, tapi baru lah seronok kalau suami salu tolong isteri kan??tapi isteri lak jangan lah suruh suami buat semua tu buat ni..dah jadi mengarah plak..ish3..suami lak kalau terlampau ikut arahan isteri jadi dayus lak..tak boleh macam tu, tak boleh…eh tapi menurut ustazah dalam whi hari tu, dia cakap..bila suami tolong isteri, orang lain jangan pulak masuk campur..cakap dayus la apa lah..haishhh tak mau macam tu..tak mau..suami tolong isteri tandanya suami sayang isteri dia..kau ada???muahahahahahaha…tamat.

LAYANAN BERUBAH




LAYANAN BERUBAH

06/10/2011
Korang pernah berkampung kat hospital??nak dengar story tak??jom…Kalau duduk hospital kena bawa sweater, selimut,stoking & perkakas penting yang lain..tapi yang penting stoking & selimut..sana sejukkkkkkk…tapi nasib baik sejuk dari panas..nak tahu kenape aku cakap cam tu??sebab ma beruntung sebab ada kakak aku yang bekerja sebagai cikgu..boleh juga guna gerenti letter (GL)..boleh duduk dalam air cond iaitu kelas pertama..kalau tak, duduk kelas ke-3 guna kipas je..tengah hari memang panas..sebab tulah akak aku cakap kena cari kerja betul2, nak2 kerja gomen..nati baru dapat layanan yang baik.macam tulah dunia..semua pandang kedudukan..berdasarkan pengalaman akak aku..first time die beranak, dia tak bawa lagi surat gerenti letter tu, memang nurse bagi layanan yang buruk..cakap kasar2..tapi bila abg ipar aku dah bawa surat tu barulah layanan dia berubah..nurse tu cakap..owh cikgu rupanya.layanan terus berubah kepada ramah...ha nampak tak??hurmmmm..nurse tu ada diploma nursing je..N29 je..kalau dia sakit pun, dia tak layak duduk kelas pertama pun, bukan nak pandang rendah kat semua nurse..Cuma kat nurse2 yang perangai teruk ni je..aku memang menyampah..aku bukan ape ada lagi cerita aku masa jaga ma aku kat hospital KB ni..tapi aku tak biarkan macam tu je..aku ajar sikit..kalau tak bagi pengajaran..bukan NORAL..ceritanya bermula dengan tindakan aku yang hanya duduk atas katil pesakit yang kosong..kerana tiada kerusi, abah dah guna..1 pesakit 1 kerusi..so aku terpakse la duduk sikit atas katil kosong kat sebelah katil ma tu..bukan duduk sebenarnya..hanya menyandar aku kira..tetibe je nurse yang sombong tu tengking aku depan2 orang ramai..marah aku duduk atas katil tu..kenape dia tak tegur aku secara baik??aku tahu aku salah, tapi wajarkah menengking aku dengan cara begitu??sepatutnya nurse yang baik tidak akan mengaibkan orang dengan cara begitu..apa salahnya kalau die datang secara dekat dengan aku & menegur dengan cara yang baik..ini tidak..tengking dari jauh..masa tu aku pun terkejut..macam tak sangka aku kena marah macam tu..tapi kerana aku tahu aku salah..aku turun..bila  aku dah rase malu dan rase tak patot aku diperlakukan macam tu..aku cuba mencari saluran yang betul..nasib baik aku ni jenis suka meninjau sekeliling..sebelum itu aku ternampak 1 kotak untuk membuat sebarang aduan/cadangan serta nombor telefon ketua nurse untuk mengadu sebarang masalah dengan staff nurse..dengan tidak berfikir panjang, aku terus menelefon ketua nurse & tempat aduan..setelah menerangkan ape yang terjadi, mereka memihak kepada aku..memang aku salah tapi dia takde hak nak marah aku dnegan cara begitu..lagipun nurse yang sombong tu je yang berlagak..nurse lain siap suruh aku tidur lagi atas tilam tu kalau takde pesakit..dah ada tilam kenape nak tidur atas lantai nurse yang baik cakap..tengok..ada beza kan orang yang perangai macam hantu dengan orang yang berhati mulia..masa mengadu tu memang mereka nak detail tentang nama nurse yang berlagak bagus tu, aku tengok detail dia kat carta organisasi..muahahahah..aku bukan nak khinatkan die..tapi sebagai pengajaran untuk dia supaya bersikap lebih ramah dengan orang ramai....& lepas tu dia macam dah baik sikit dengan aku..

Satu cerita lagi sepanjang aku berkampung kat hospital..kisah  mengenai seorang cleaner yang bertindak kurang ajar juga dengan aku..kalau korang tengok cleaner mesti korang kesian kan kat depa..kesian nye..keja macam ni..mesti penat..aku pulak akan senyum kat depa..supaya mereka tak rasa rendah diri dan akan hormati mereka kalau mereka nak lap lantai, aku akan duduk atas katil supaya tidak menghalang kerja mereka..tapi lain pulak dengan sorang cleaner lelaki ni..macam aku cakap tadi,,aku akan hormat mereka..masa dia nak lap lantai tu aku duduk atas katil sambil membaca buku Ujang atas meja makan pesakit..masa dia nak lap bawah meja tu..dia main tarik je meja tu, terkejut aku,kenape die tak cakap nak tarik meja tu..kenape main tarik je..KURANG AJAR!!!!..sedangkan die nampak aku tekun membaca buku tu dan tidak menghalang kerja2 dia..nampaknya die memang cari penyakit dengan aku..memang aku kenal cleaner ni dengan perangai dia buat kerja dengan kasar & langsung tak hormat orang lain,tak kira pesakit mahupun pelawat/penjaga. Aku apa lagi..terus memberitahu staf nurse mengenai perkara ni dan mereka memberitahu aku sebelum ni cleaner ni pernah mendapat aduan sebelum ni kerana tindakan kasarnya ketika menjalankan tugas. Nurse membeitahu supaya aku menulis surat aduan ke kotak cadangan/aduan dan menelefon terus ke bahagian aduan dan mereka berjanji akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Masa kejadian abah tak datang lagi..semasa dia mengelap lantai tu, aku cakap la, tak boleh nak cakap sepatah ke nak tarik meja??pastu dia buat tak tahu je..aku pun saje je telefon abah..mengadu depan die..die tahu la aku cakap kat abah yang aku nak wat aduan..aku tengok dia dah tak senang duduk dah..macam takut2 je..lepas tu abah pun sampai..pastu cleaner lelaki tu pun menyorok dalam bilik nurse..dia takut..abah pun tunggu die depan pintu tu..die kunci pintu..tapi sampai bila die nak menyorok dalam tu??dia kena jalankan tugas mengelap lantai die..last2 dia keluar juga..abah meluru ke arah dia..terus dia mencapai tangan abah dan bersalaman minta maaf..abah cakap tangan die sejuk giler..hu3..kesian la pulak..tapi die perlu di beri pengajaran juga..abah menasihati die supaya tidak mengulangi perkara yang sama kat orang lain..kalau nak kerja buat elok2..jangan berkasar dengan orang..kalau nak tarik meja atau apa saja..minta kebenaran..dia mengangguk faham..selesai..tamat..

Sunday, September 4, 2011

majlis pertunangan ku..02.09.2011

Ish2..lama betui aku tak b'blog..rindu sangat2 taw..nape tetibe aku leh online arini???haa..sebab aku pinjam berukban kak ipar aku..nasib baik ada berukban ni..aku bukan ape..saje nak story sal hidup aku sejak dua menjak ni..aku takde masa untuk b'facebook dan b'blog sebab aku bz sekarang..bukan bz dengan kerja tapi menunaikan tanggungjawab yang lebih penting..owh sempena bulan syawal ni aku nak ucapkan selamat hari raya..dan aku juga telah menjadi tunangan orang.he3..tunang mohd azhar..cewah....macam tak caya je..ape2 pom enjoy beb..banyak sangat aku nak cerita sepanjang aku tak b'blog ni..yang pasti banyak sangat coretan pengalaman..contohnya masa kat rumah,hospital,masa tunang..dan banyak lagi..tapi sekarang aku nak share pic je dulu (kat facebook)..nati ada masa aku story cerita suka duka aku sepanjang 'bercuti' ni..wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...