Wednesday, October 19, 2011

WARKAH UNTUK MAA

WARKAH UNTUK MAA
05/10/2011
Maa..tika ini anakmu in hanya mampu melihat penderitaan ma.. ma hanya mampu terbaring menahan kesakitan sejak beberapa bulan yang lalu. Tika ini juga air mata aku mengalir laju dan teresak2 dalam diam. Khuatir didengari. Ma, maafkan anakmu jika selama ini anakmu ini banyak menguris hati ma. Anakmu ini juga masih belum berjasa untuk ma dalam bentuk pemberian wang ringgit terutamanya untuk membuatkan hati ma gembira. Ya ALLAH panjangkanlah umur kedua ibubapaku dan seluruh keluargaku supaya aku dapat berjasa kepada mereka dan dapat membalas jasa mereka..amin..itulah antara doa yang selalu aku minta dari ALLAH s.w.t…semoga ianya dimakbulkan..amin… tapi buat masa sekarang aku hanya memberi apa yang termampu..menjaga makan minum ma, bagi ubat, jaga pakaian & tangan ini untuk memimpin ma untuk ke tandas tika ma tidak mampu berjalan sendiri. Tika ini hanya aku dan abah yang menjaga ma. Dan pernah suatu ketika aku dan abah perlu jaga ma secara bergilir hingga lewat malam dan sehingga selepas subuh. Sebelum ini telah lama kita berkampung di hospital tapi aku tak kisah untuk tidur berbantalkan beg dan tikar menjadi alas untuk mengelakkan kesejukan yang melampau atas lantai..memang sejuk..
Ma selalu pegang kepala, aku ingat ma hanya pening biasa sebab tu perkara yang biasa terjadi bagi ma. Ma banyak sangat penyakit. Hari ni ada satu lagi kejutan mengenai penyakit ma..aku terbaca di kertas ubat ma mengenai jenis sakit..doktor tulis sakit; brain tumour..terus aku mencapai telefon nak menghantar mesej kat dr.aifa..doktor yang selalu merawat ma sepanjang kami berulang alik ke hospitak KB…sepatutnya keputusan CT scan tahu 16/10/2011 tapi kat surat ubat ma dah ada jenis sakit..cepat2 aku mesej dr.aifa..yang berbunyi..
“assalamualaikum Dr.Aifa. maaf ganggu. Saya noral. Kad kad ma sy td ada tls brain tumour. Betul ke ma sy ada ketumbuhan dalam otak? Maknanya bhaya sgt r kn? Patutlah ma sy asyik skt kepale je.leh ubatkan x?”
Date: 05/10/2011
Time :17:58
Selepas 10 minit mesej di hantar..kemudian..ring3..telefon aku berbunyi..tertera nama Dr.Aifa hospital KB..sungguh prihatin beliau..seorang wanita berkulit putih dan berkaca mata..urus orangnya..sangat peramah dan baik..Dr.aifa memberitahu bahawa aku perlu mendengar penjelasan yang lebih detail dari pakar sendiri..pakar dari ENT pada 16/10/11 ni..CT scan d buat pada 13/09/2011..Dr.Aifa hanya meminta aku bertenang dan bersabar kerana aku tak dapat menahan sebak ketika bercakap. Oh tuhan tolonglah hambamu ini, berikanlah kekuatan untuk ku..telefon dimatikan..senyap..hanya sedu sedan kedengaran..abah baru balik dari kerja..aku memberitahu abah mengenai perkara ini..ternyata abah juga terkejut..buntu.

Masa ke KL 25/09/2011 hari tu untuk ke konvokesyen aku yanga kan di adakan 27/09/2011, sebenarnya telah banyak dugaan yang perlu ditempuhi..sebenarnya dah banyak kali keputusan di buat..sekejap nak pergi sekejap tak nak pergi..sebenarnya aku tak kisah pun tak pergi ke konvo aku tu..lagipun untuk terima skrol je..lagipun aku rase tak sanggup nak tinggal ma & abah kat kampung sedangkan aku pegi bergembira dengan kawan2..sebenarnya dah banyak kali juga aku menangis kat kerusi kuning kat tepi rumah tu..aku tak tahu nak buat ape..pegi ke tak..so aku nangis je r..lagi pun aku dalam delima..abah macam nak pegi sangat2 konvo aku tu, tapi bila piker balik, kalau bawa ma & abah skali gie KL, aku takde la rase bersalah sangat tinggal depa kan tapi yang aku pikir sekarang ni pulak..aku kesian kat ma pulak..larat ke ma nak tempuh perjalanan yang jauh tu??kelate ke KL..9 jam tu..dengan kereta la…bukan kapal terbang..hurmmmm..ma pulak nak pegi sangat2 jugak walaupun ma tahu ma tak kuat..dah lama sangat duduk dalam rumah je..bosan kot..akhirnya kami buat keputusan last minute..masa pagi nak bertolak tu baru buat keputusan..akhirnya kami bertolak ke KL..nasib baik pergi dengan abg fatah aku, boleh la berhenti bila2 masa yang kami nak..nak2 kalau ma nak pegi toilet..kalau dengan bus, memang susah..alhamdulillah sepanjang perjalanan keadaan ma dikira ok..hanya terbaring di kerusi belakang..abg fatah drive, abah kat kerusi depan..aku dengan ma kat belakang..disebabkan ma baring sepanjang perjalanan dari pasir mas ke KL, bermaksud aku tak dapat bersandar…lenguh badan hanya tuhan yang tahu..sandar kejap2 je..masa ma bangun untuk minum dan ke toilet, kebanyakkan masa aku hanya menungkatkan dagu ke kerusi depan…takpelah janji semua berjalan lancar..janji sampai dengan selamat & aku tengok ma macam dah sihat sikit..seronok kot dapat jumpa anak2 ma yang lain kat KL, abe die, abg fatah,kak  ila, kak yah & aku..sume ada kecuali akak sulong aku..kami lepak rumah kak yah aku kat rawang.,,pada hari konvo ma tak dapat pergi..takut ma tak sihat tiba2..susah..kat sana mesti jem kuat..nanti kesian kat ma nak baring2 takde tempat..
Banyak gambar yang kami ambil dengan jubah aku termasuk kat gambar studio..rase sedikit terkilan sebab takde pun gambar ma kat studio..masa konvo akak aku kat usm dulu ma sihat..boleh bergambar bersama kat studio..tapi time aku ma takde dalam pic..rase bersalah pulak..kami pun balik ke Kelantan..tunang kesayangan hantar kami semua..macam biase..aku tak dapat sandar dari KL-kelate..so untuk menebus rase bersalah aku..kat kelate aku bergambar dengan ma, masa tu aku tengok ma macam ok sikit..so aku pujuk ma sangat2 walaupun pada mulanya ma tak larat nak bangun..aku pakse juga,,,aku nak ma ada dalam pic masa aku pakai jubah tu..masa kat KL hari tu aku dah pakse tapi ma tak larat nak bangun.akhirnya ada juga pic ma..so glad.
Sahabat aku..ella & soly..banyak tolong aku masa aku dalam kesusahan terutamanya mengenai konvo aku..banyak sangat pertolongan mereka yang tak dapat aku balas dengan hanya ucapan terima kasih..merekalah sahabat sejati..aku menghadiahkan mereka 1 hadiah sebagai tanda ucapan terima kasih walaupun aku tahu ia masih belum terbalas..aku tak sempat nak menguruskan mengenai konvo sebab masa tu aku sibuk dengan berulang alik ke hospital..kalau takde diorang,mungkin aku tak pergi ke konvo.tq sahabat..
Pasal kerja pulak, buat masa sekarang aku langsung takde masa nak pikir..abah sekarang kerja buat rumah kawan abah..so tanggungjawab jaga ma aku kena pikul..abah ketja tak lama kot..dalam bulan 11 siap kot..nanti barulah aku nak try cari kerja..
Abg @ tunang aku ni pun memang banyak berjasa kat aku..kalau takde abg ..mungkin aku tak gie konvo aku..abg banyak support aku..banyak juga aku bebankan abg dengan masalah aku..abg pulak tak kisah..kesian abg.semua yang aku minta abg buat, abg akan buat yang terbaik walaupun mungkin abg tak mampu tapi abg masih bagi yang terbaik untuk aku..aku tahu...sebab tulah aku syg sangat kat abg..tq my yayang..semua family aku pun sangat sayang kat abg..abg jenis senang nak mintak tolong, tak lokek, ambil berat pasal ma & macam2 lagi yang buat kami semua sayang abg..aku bersyukur kerana ditemukan dengan abg..abg lah kekuatan aku ketika aku selalu bersedih dan tempat untu mengadu semua masalah dan kesedihan…
Akhir sekali..ma anakmu ini berdoa semoga ma cepat sembuh dan cergas sekali. Semua anak2 ma sayangkan ma..walaupun yang lain tinggal berjauhan, kami semua sayangkan..abah juga mat sayangkan ma..tika ma tak terdaya untuk bangun mandi, abah akan pimpin ma & mandikan ma..sangat penyayang dan sabar abah ketika menjaga ma.walaupun dah banyak usaha yang abah lakukan untuk memulihkan ma dengan membawa ke banyak hospital, bawa dukun kampung, abah buat air penawar (bacaan yasin & doa), minum air zam-zam dan minta tok imam mendoakan kesihantan ma ketika di mekah.& banyak lagi.tapi kami hanya mampu berusaha yang terbaik untuk ma..selebihnya ALLAH yang tentukan.”ya ALLAH aku berharap ma sihat kembali dan penyakit ma dapat diubati..amin”...ma..terima kasih kerana melahirkan kami & menjaga kami sejak kecil lagi.kami mendoakan ma & abah panjang umur..kami sayangkan ma & abah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...