Wednesday, January 2, 2013

RiNdU Maa




pada 08/12/2012 maa telah pergi meninggalkan kami semua untuk selama2nya...YA ALLAH TEMPATKANLAH IBUKU DI KALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN, JAUHKAN IBUKU DARI AZAB KUBUR, AMPUNKALAH DOSA2 IBUKU.....AKU HARAP MAA BAHAGIA KAT SANA, KUBUR MAA LUAS DAN LAPANG JE..MAA MASUK SYURGA..AKU DAPAT JUMPA MAA KAT SANA NANTI..sedih hanya ALLAH yang tahu..sebelum ni kami tak pernah mengalami kematian keluarga terdekat..maa pertama..memang pengalaman yang amat sedih..di tambah pula aku tak sempat nak tatap wajah maa buat kali terakhir...tak sempat nak cium pun jenazah..hanya 2 orang anak maa dapat bersama maa masa tu, kak ila & kak lah..yang lain semua tak sempat..aku, kak yah n fatah semua kat kl..kami dah berusaha mengejar masa..tapi apakan daya memang takda rezeki kami..abg zamri pulak kat china..takda tiket flight masa tu..nasib baik jugak sebelum ni kami dah bergilir2 jaga maa..masa jumpa maa last sebelum raya haji hari tu maa tenat juga..tapi semakin pulih selepas 3 minggu aku jaga..aku ingat maa akan sihat lepas aku balik sebab maa dah boleh bangun berbanding sebelum ni tak boleh bangun pun..betullah orang cakap bila dah lama betul sakit tetiba sihat tu petanda..masa aku nak balik KL hari tu tak tahu kenapa rasa berat sangat..maa peluk aku..aku peluk maa..aku minta maaf kat maa n maa mintak maaf kat aku..kami berpeluk dan aku cium maa banyak kali..rasa berat nak tinggal maa masa tu..maa pun cium aku berulang kali..aku pun tak tahu kenapa masa tu..maa suka perfume..aku tinggalkan perfume aku kat maa..abah tak bagi tinggal sebab maa tak tahu nak picit penyembur dia..aku tinggal juga senyap2..nak bagi maa happy..memang sebelum ni maa dah biasa guna..abah je tak tahu..masa aku balik masa maa meninggal hari tu..aku tengok perfume tu ada lagi...dah separuh maa guna..sebak nyer tengok..


kami bertolak dari KL pukul 2.30 petang..abah cakap mereka akan tunggu kami sampai pukul 10 malam je..nanti kalau lewat, tak tunggu lagi sebab nak kebumikan jenazah cepat2..tak elok lama2..tapi apakan daya..kami sampai pukul 12 malam..bila sampai je..semua murung je..mata bengkak.aku sedih tengok keadaan tu..mana maa?mana maa?selalunya kalau kami balik kampung..maa lah orang yang pertama tunggu kami depan pintu..walau kami sampai lewat pun, maa akan tunggu kami..aku dah tak tahan menahan sebak..aku menangis..abah peluk aku..kakak2 aku pom pujuk aku..dari aku bertolak dari KL sampai kelantan..aku tak berhenti menangis..macam tak percaya yang maa dah takda..dah tinggal aku..aku masuk bilik maa..cari maa..aku peluk bantal yang maa selalu guna..cium selimut maa..baring atas tilam maa masa maa sakit..aku rasa macam nak gila..sedihhhhhh..aku rindu maa..aku rindu maa..betul ke maa dah takda???maa...maa..maa..aku tak tidur sampai ke pagi..aku termenung atas buaian yang tempat maa salu duduk kat depan rumah..aku menagis ingat maa..ramai yang nasihatkan aku supaya bersabar..ALLAH sayangkan maa..kat sana maa sihat..kat sini maa sakit..kesian maa dah lama sakit..tak boleh nak meratap kematian maa, nanti maa yang tersiksa..aku redha..abang pergi ke cc dan print mengenai dosa meratap kematian dan kesan stress terhadap bayi dalam kandungan..sangat besar dosanya kita meratap dan meraung2 antaranya nabi tidak mengaku ummat..kesan kat bayi dalam kamdungan pula, bayi akan cacat otak dan banyak lagi..aku sabarkan diri aku dari menangis..aku perlu  fikirkan keselamatan anak dalam kandungan...setiap kali aku nak menangis dan teringat maa..aku akan fikirkan 2 perkara tu..aku sabar..sabar...amat pedih nak tahan diri dari menangis..tapi kadang2 aku tewas juga..tak tahan..kadang2 aku nampak normal je depan orang..buat2 happy..padahal hari2 sampai sekarang aku bangun pagi aku akan ingat maa..maa selalu kejutkan aku untuk solat subuh..sekarang bangun pagi je solat subuh dan doakan maa..mesti maa suka kan???

perkara yang buat aku tenang masa kat kampung hari tu...masa aku tak dapat tidur..dan aku terlelap sekejap dari menangis..aku terdengar suara maa..masa tu pukul 3.30 pagi kot..aku dengar maa cakap "jangan risaukan maa lagi..maa lapang je kat sini..maa suka duduk sini.." aku terus terjaga..masa tu aku dengar suara maa je..wajah maa tak nampak pun..aku tahu tu maa...aku menalirkan air mata..terima kasih ya ALLAH kerana beri aku mimpi tu..aku tenang...semoga mimpi aku betul..maa gembira kat sana..2 minggu sebelum maa meninggal pun, fatah ada bagitahu yang maa ada bagitahu die yang maa mimpi jumpa arwah nenek kami..nenek kami ajak maa duduk dengan die kat sana..maa cakap kat sana seronok je..luas je..lapang je..maa nak duduk kat sana..sedih kami ingat kembali mimpi maa tu..semoga semuanya baik2 kat sana..amin..

sekarang untuk mengurangkan rasa tekanan aku fikir yang maa ada je kat rumah & kat kampung..tak berdosa ke aku???tapi memang betul pun, maa ada kat kampung tapi bezanya ada kat kubur...tapi bila aku ingat yang aku dah takda maa aku akan menangis sorang2..tapi kalau boleh aku akan kawal tahap menangis tu sebab aku risau juga anak dalam kandungan ni..aku mengalirkan air mata je..sambil panggil nama maa..maa..maa..maa..

sekarang baru aku tahu kenapa aku tak dapat kerja lagi lepas konvo hari tu..dan sebab aku gugur yang sepatutnya aku dijangka bersalin bulan 12..semuanya dah ada hikmahnya..kalau akau kerja..mesti aku tak dapat jaga maa selama beberapa bulan dulu..ulang alik ke hospital KB dan PM..tidur kat lantai hospital..jaga maa kat hospital..dan kalau aku tak gugur hari tu..mungkin aku tak dapat balik kelantan sebab baru lepas bersalin kat kedah..atau mungkin tak bersalin lagi..mungkin boleh buat aku gila meroyan bila memikirkan maa dah takda..semuanya ALLAH dah buat yang terbaik..ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk kami..masa maa meninggal pun bulan 12, masa cuti sekolah..so akak2 aku dapat balik menguruskan kenduri tahlil selama 7 hari berturut2 tu..semuanya  berjalan lancar..nanti bulan 2 kami semua akan balik ke kampung lagi untuk menguruskan kenduri arwah..masa majlis perkahwinan etty 15/12/2012 pulak, kami terpaksa buat2 happy sebab kesian kat etty takda sedara nak uruskan majlis die..hampir kelam kabut juga.kami tak sempat nak tolong sebab kami juga sibuk menguruskan tahlil 7 hari kat rumah..kami pergi lewat, hanya pada majlis persandingan je...tapi bila kami sampai barulah semuanya ok..ada orang dewasa kot..abah dan mak2 sedara die, aku,kak yah &kak  ila...untuk mengembirakan etty kami bergambar bersama2 mereka dan melayan keluarga pihak lelaki dengan baik...semuanya berjalan lancar..tq ALLAH..

abah pula tak menangis pun masa hari pertama maa takda..abah nampak kuat sangat..masa abah tengok jenazah maa, abah cakap takpe la nab (panggilan abah kat ma) pergi dulu, nanti abe ikut la..abah tak menangis pun..lagi pun tak baik suami menangis kalau isteri meninggal, nak2 hari pertama..selepas hari kedua barulah abah menitiskan juga air mata..mungkin rindu sangat2 kat maa kot..dan bila aku ceritakan mimpi aku tu..abah jadi sebak..aku peluk abah..kami sama2 menangis tapi abah nangis jap je..mengalir iar mata je..sabar betul abah..sekarang abah duduk sorang2 je kat rumah..abah selalu mengaji quran..abah salalu baca yasin..selalunya kalau malam2 abah baca yasin..maa akan ikut abah baca..memang rutin abah & maa baca yasin malam2..abah cerita, masa malam sebelum maa meninggal, maa suruh abah baca yasin 2x, lepas tu maa urut je tangan abah sebab abah lengun dan sampai sekarang abah cakap sakit kat tangan abah dah elok..mesti abah ribdu maa kan??dah la maa jenis manje dengan abah..tak boleh berenggang lansung..abah pun layan je maa masa maa sakit..last2 masa maa meninggal, abah bagi je semua yang maa nak makan..abah pom tak tahu kenapa abah buat macam tu..selalunya kami kawal pemakanan maa..nak2 aku..aku selalu kawal maa nak makan ape2 yang boleh menyakitkan maa lepas makan..contohnya petai dan durian..lepas maa meninggal hari tu kami buat kenduri 7 hari, kami bagi tetamu makan durian memandangkan arwah sangat suka durian..abah beli durian pagi..majlis malam..pagi tu, lepas makan durian kat luar rumah, abah cepat2 masuk dalam rumah, aku pun pelik, rupa2nya abah nak pergi lepak dekat tilam maa rupanya..abah lupa yang maa dah meninggal..abah pun lepak kat luar rumah balik..sebab memang rutin abah..kalau pergi mane2 mesti cepat2 masuk lepak dalam rumah kat tepi tilam maa..dok baring tepi maa..kesian abah..tapi abah kuat..abah akan marah kami kalau kami menangis dan meraung lagi..

buat masa sekarang..aku masih tak kuat untuk menatap wajah maa kat koleksi gambar aku..kalau orang2 tanya pasal maa pun aku akan buat biasa je..tapi bila sedih tu datang..aku menangis sorang2..maa i love you so  much..terima kasih kerana melahirkan ku ke dunia ini..segala jasamu akan ku kenang..mengandungkan ku, melahirkan ku, dan menyusukan ku..semua itu jasa seorang ibu..hargailah ibu mu selagi mereka masih ada..sekian..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...