holla...hai semua....hari ni aku nak story sikit pasal kereta 2nd hand aku ni...hu3..semalam aku ke puspakom bangi untuk check kereta. serius aku cakap, aku tak tahu apa pun nak buat urusan tukar nama ni.aku just ikut owner je, iaitu suami kak nor (a.poi) & nasib baik jugaklah kebetulan abg cuti, leh la ikut, tq2....rupanya puspakom ni untuk urusan servis kereta la..nak check enjin, body, asap kereta kot2lah kereta curi ke, kereta yang diubahsuai ke, asap yang membahayakan pengguna lain dan macam2 lagi..kami sampai sana pukul 11 am - 4 pm..lama kan urusan dia,mentang2 free sempena raya cina ni dari 24/01/11-28/01/11..tapi aku kena bayar juga rm30..ok lah tu..dari rm100..yang paling aku tak suka, nak cari tandas..punyalah susah giler..aku memang dah tak tahan.nak cari dengan kereta tak boleh sebab tengah beratur panjang dengan kereta tu..kalau kami gerak, rugi la..nati kena beratur panjang lagi..so, aku cuba la nak cari..kawasan tu penuh dengan bangunan servis kereta dan kilang2..memang kawasan perindustrian.dan pekerja dia majoriti lelaki..aduiii...macamana la diaorang ni dapat hidup kat kawasan macam tu..lepas tu aku try la jalan cari tandas jalan kaki, walaupom takut..abg kena tunggu kereta, a.poi lak ada urusan borang2 tu..adui..baru kuar kereta beberapa langkah..ada lelaki motor tegur aku..lepas tu dia buat muka ghairah & wat jilat2 bibir dia..arhhhhhhhh takutttt..apa lagi..aku terus patah balik lari masuk dalam kereta..giler betul r.yang tak tahannye dia patah balik nak cari aku...lepas tu aku bagitahu abg..abg pun temankan cari tandas, kereta lak biar je..tawakal..hu3..tapi tak jumpa..siyes susah..geram aku..last2 aku pergi pejabat pos laju, mintak sangat2 nak tumpang sana..nasib baik depa bagi..tapi masa tu aku sorang2..tawakal r..jalan sorang2 kat belakang pos laju tu..ada beberapa je orang lelaki kat situ..kawasan tu kat hujung sekali...takut dowh..lepas siap je aku lari lintang pukang,,hu3..lepas tu tak berani dah nak minum air lagi..hu3..takut nak g tandas lagi..pengalaman ni memang hancus r..kawasan yang dipenuhi kekotoran habuk, asap, bunyi, & lelaki giler seks..tapi lega sangat..semuanya dah lulus..tq puspakom..lepas tu kami plan nak ke mahkamah untuk dapatkan cop borang tukar nama, tapi tak sempat..takpe lah jumaat ni aku setelkan..hu3..k adios..
p/s: kalau nak g puspakom bangi..bawa teman ramai2 bagi perempuan terutamanya..
No comments:
Post a Comment