Thursday, January 27, 2011
hancus betul
YANG ORANG LELAKI MENYAMPAH PASAL PEREMPUAN
YANG ORANG LELAKI MENYAMPAH PASAL PEREMPUAN
by Kartunis Lengkuas on Saturday, January 8, 2011 at 3:25am
Penulis:PCD
Cakap pasal orang pompuan ni memang macam-macam nak cakap. Sebagai seorang lelaki yang hensem bilo pakcik dapek peluang bercakap kat korang pasal orang pompuan, pakcik cukup seronok. Pasal banyak bonar bondo menyampah yang pakcik nak cakapkan. Antaranyo iolah:-
1. Time suami dalam perjalanan balik dari opis, time tu la orang pompuan menyuruh suami membeli barang dapur.
2. Suka sangat mengemas rumah sampai barang-barang yang orang lelaki simpan bila nak digunakan dicari takde kat tempat tersebut.
3. Bersembang dengan jiran sebelah, sampai kerja rumah tak siap, makan tak tersedia kemudian ajak orang lelaki pergi makan kat luar.
4. Berbual dalam henpon dengan rakan-rakan terlalu lama diwaktu malam sehingga takde masa nak bersembang dengan keluarga sehingga melambungkan bil telefon.
5. Mengambil masa yang cukup lama untuk bersiap, mengalahkan pengantin yang nak kawin bila nak keluar kemana-mana sehingga orang lelaki sempat tidur.
6. Bila si ayah memarahi si anak, si isteri membaking si anak pulak. Contohnya..."eh, abang ni, biar la budak tu bawak motor, takdenya polis, bukan ke bandar pun ke pekan aje."
7. Bila tengah kusyuk tengok TV, orang pompuan memanggil dari dapur suruh potong daging laa.. potong bawang laa..
8. Membebel dan berleter untuk hal yang kecik-kecik dan diulang banyak kali.
U/P : ARTIKEL NI AKU JUMPE ATAS MEJA ORANG TUA TU.. DAH LAMA SIAP TAPI TAK BERANI NAK SIARKAN TAKUT ORANG POMPUAN MARAH.. AKU NAK BAGI KAT LADY D SIARKAN KANG TAKUT DIORANG BERGADUH PLAK. SEBAB ORANG TUA TU BALIK KAMPUNG MENOREH AKU SIARKAN KAT FB NI HAHAHA..
Top of Form
Bottom of Form
Tuesday, January 25, 2011
JoM jeJaLaN @ PuTrAjaYa
masa ni kat tepi masjid, kat sebelah tu ada sungai..pemandangan kat sini cantik sangat dan sangat sejuk..nyamannnnnn sangat..yelah..masjid..
pic ni diambil oleh kakitangan yang bertugas..masa kami pergi, rombongan pelajar dari China datang..yang kelakarnya mereka ingat kami ni pelancong juga..dari indonesia..hu3..
ni kat luar masjid..
di suasana kat runag tengah masjid putrajaya..masa ni pagi, so tak ramai lagi yang datang, kalau petang sesak..
inilah kereta aku..he3..walaupun 2nd hand je..aku tetap bersyukur..
ni pulak kat tower putrajaya..dekat je dengan MOF..he3..
amik gambar dulu..
kat taman tower tu, ada juga pondok kecil..mungkin tempat berehat..mesti seronok kalau bawa makanan..he3..boleh lah picnic kat situ..hue
macam kat negara lain pulak ase..hu3..
kami dan pokok...macam nak menoreh getah la pulak..
haaa kat belakang tu destinasi kami..
masa ni rumah kawan kak linda..besday anak buah dia yang cute ni..kenyang kami makan..tq..
like this pic..
ha ni anak buah aku..namanya etty..masa ni kat tasik kat ptesint 6..
kami bawa banyak makanan...bawa etty berkelah..
amboi2..amik pic ngan paksu..senyum lebar je paksu noh??
masa ni kat secret resipe..sambut belated birthday etty..hu3..kek apa??macam biasa la..he3
ha ni pulak pelancong asing dari China..dia nak bergambar dengan budak2 ni..he3..famous gitu lorh..
ehem2...sama merah & hitam..gemuk nye aku...........arhhhhhhhh
hu3..pic ni kat tepi sungai masjid putrajaya..ish2..menarik tak pic ni?he3..kami tiru lagak budak2 laki buat..hu3
dari depan..gemuk ke kurus kering..hu3
eh ella pom nak buat juga..hu3
ha ni pulak mainan dalam bola..macam seronok je..nak try pom segan..hu3..
masa ni dengan kak gie..kat wangsa walk..
camtik kan?tak sangka umur dia 5o kan?
ni nurse mana lak terlepas ni??cun kah beliau???????????uwekkkkk!!!!he3
Friday, January 21, 2011
kisah di MOF
Monday, January 10, 2011
Karangan lucu: terima kasih atuk..
Tips:Kekal menawan pikat suami
SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.
“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.
Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.
“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.
“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.
Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.
Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.
“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.
Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.
Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.
“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.
“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.
Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.
SUMBER: http://www.hmetro.com.my/articles/Kekalmenawanpikatsuami/Article/
hari ni aku tertarik dengan article ni..apa salahnya belajar perkara yang baik untuk masa depan aku dan bakal suami (mohd azhar) nanti..he3..
ilmu: perbankan yang berteraskan riba
Pembabitan masyarakat Islam dalam transaksi kewangan dan perbankan yang berteraskan riba.
Hukum bermuamalat dengan bank perdagangan yang berorientasikan riba pernah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-32 yang bersidang pada 10 hingga11 Jun 1993.
Muzakarah itu memutuskan bahawa;
i) Bekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus.
ii) Pinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang mendesak.
iii) Menyimpan di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus.
iv) Wang faedah diperoleh daripada bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
v) Menerima pelbagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank dan institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya.
vi) Menyewa bangunan kepada bank adalah haram.
vii) Memegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram.
Sehubungan itu, umat Islam dinasihat supaya menyokong sistem kewangan dan perbankan berteraskan Islam bagi mengelak terjerumus dalam kancah dosa yang memudaratkan.
MOHD ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru
Friday, January 7, 2011
cinta dan sayang
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
i really love MOHD AZHAR..
ilmu: perbankan dan mazhab
1. Berkenaan harta wadiah. mungkin tentang simpanan wadiah dibank Islam.
untuk harta wadiah ia, pemegang wadiah iaitu bank boleh memperniagakan harta tersebut iaitu simpanan wadiah dan mengikut mazhab hanafi keuntungan milik bank. ia boleh beri kepada tuan punya harta iaitu penyimpan mengikut budi bicaranya. tetapi ia mesti lah dikenakan ganti / mengganti jika mengalami kerugian keatas harta wadiah. kalau mengikut mazhab shafie keuntungan milik tuan punya harta.
Tidak ada masalah kita amalkan mazhab lain dalam akaun wadiah ini walaupun malaysia bermazhab shafie kerana dalam kes ini pandangan mazhab hanafi lebih praktikal dengan perniagaan bank dan mudah diurus oleh bank.
2. berkenaan dengan mudarabah.
kontrak mudaraah pada dasarnya tidak boleh disyaratkan mudarib menganti jika berlaku kerugian. jika disyaratkan mudarib mengganti / menanggung kerugian maka syarat itu adalah batal tetpi kontrak mudarabah tetap sah. kerosakan atau kerugian harta mudarabah mesti ditaggung oleh tuan punya harta (sohibul mal).
bahagian keuntungan mesti dibincang dan dipersetujui bersama.
walaubagaimana pun mengikut mazhab Hanafi, Maliki dan juga Hanbali kontrak mudarabah boleh mensyaratkan seluruh keuntungan diberi kepada mudarib, dan kontrak ini akan menyamai kontrak hutang walaupun pada majaz sahaja. oleh itu mudarib akan mengganti jika berlaku kerugian (kerana ia seperti telah berhutang). dan keuntungan yang diperolehi boleh diberi kepada sohibul mal mengikut budi bicaranya.
rasanya ini yang diamalkan dimalaysia, oleh itu bank akan mengganti jika berlaku kerugian dan ia juga yang menetukan bahagian untung kepada sohibul mal.
juga tiada masalah kita mengamalkan mazhab lain selain shafie asalkan kita faham sebab dan alasannya kerana dengan menggunakan pandangan mereka produk perbankan menjadi lebih praktikal dan kompetatif.
Nota:
sama seperti kita membayar zakat fitrah menggunakan duit. ini adalah pandangan mazhab hanafi yang membolehkan kita membayar zakat fitrah dengan duit. mengikut mazhab shafie tak boleh, mesti bayar dengan beras. dalam kontek semasa di malaysia mana yang lebih praktikal, tentunya guna duit. sah tak zakat fitrah kita, tentunya sah.
wallahua'lam.