Friday, April 9, 2010

lg kisah cinta...

kisah cinta ni agak beh utk d share ngan kwn2 ku..so jom kte bc sm2..memandangkan ak bz ngan xm..so ak bg kowang bc cter2 ni..hu3..

cter 1: kisah cinta yg sejati..

Namaku Linda dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut.

Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan ibuku, Yasmine Ghauri. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu. Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami, membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.

Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan.

Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.

Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang wanita, aku wajib bersikap baik terhadap suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.

Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.

Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.

Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.

Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, Linda. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau tahu kenapa?”

Aku menggeleng, dan ibuku berkata, “Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”

Itulah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan Ibuku, Yasmine Ghauri, mereka memberikan kami anak-anaknya pelajaran tentang tanggungjawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka memberikan contoh dari kehidupannya.


cter 2: kalau dah jodoh..xkemana..

Hari ini genaplah usiaku 24 tahun iaitu pada 30hb November 2003.
Tapi hatiku rasa tidak keruan, puasku berfikir kenapa agaknya. Sedangkan pada tahun-tahun sebelumnya aku tidak pernah berperasaan begini. Lagi membuatkan aku rasa kecewa ialah pada saat-saat hari gembiraku ini orang yang paling kusayangi sudah melupai tarikh ulangtahunku.

Puas sudah kumenunggu panggilan darinya. hingga membuatkan aku tertanya-tanya kenapa dia tidak mahu menelefonku. Aku bukannya mengharapkan apa -apa cuma sekadar ucapan darinya. Itupun sudah cukup memadai bagiku. Memang aku akui aku dan dia memang jarang bertemu kerana aku di K.L manakala dia pula di Pantai timur. Jarak antara K.L dan Kelantan membataskan pertemuan kami tetapi itu tidak menghalang percintaan kami. Malah ikatan kasih sayang itu semakin bertambah dan sentiasa dibajai dengan perasan dimiliki dan ingin dimiliki.

Sedang aku termanggu sendirian, tiba – tiba aku dikejutkan dengan deringan telefon. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendengar suaranya ditelefon. Kurasakan penantianku berhasil. Jika dia berada didepanku ingin aku mendakapnya sebagai tanda terima kasihku. Tetapi suara hatiku berkata kenapa baru sekarang dia hendak menelefonku.Argh… persetankanlah dengan semua ini. Asalkan dia sudah menelefon itu sudah mencukupi. Tetapi segala apa yang kuangankan umpama kaca terhempas ke batu. Bukan ucapan ’selamat hari lahir’ yang terungkap di bibir mungilnya tetapi dia hanya menyatakan bahawa dia tidak dapat meneruskan perhubungan kami lagi. Dan dia mendoakan agar aku tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Ya Allah ujian apakah ni. Begitu mudah sekali dia memutuskannya. Tidakkah dia tahu yang aku benar-benar menyintainya. Hampir 4 tahun usia percintaan yang kami bina dan dia dengan mudah sekali melafazkan kata perpisahan. Sedangkan selama ini dia tahu aku bertungkus lumus berusaha mengumpulkan wang. Ini semata-mata kulakukan untuk menyuntingnya suatu hari nanti.

Puasku memujuknya agar memberitahuku apakah kesalahan yang telah kulakukan sampaikan dia sanggup berbuat demikian. Akhirnya dengan rasa sebak dan terharu dia menyatakan bahawa dia terpaksa mengikut kehendak kedua orang tua dan keluarganya. Dimana dia akan dijodohkan dengan ahli saudara terdekatnya.

Bagaikan gelap kurasakan duniaku ini. Tambah pilu hati ini lagi apabila aku mendengar suaranya yang tidak henti-henti menangis . Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku ke Kelantan untuk menemuinya. Tetapi apakan dayaku.

Aku benar-benar bingung ketika itu dan tidak tahu kepada siapakah untuk aku meluahkan perasaan yang berserabut ini. Ingin sahaja aku curahkan segala rasa hatiku kepada kedua ibubapaku, tetapi aku tidak sampai hati kerana selama ini mereka berharap agar aku dan dia akan bersatu. Di saat-saat ini barulah aku terfikir alangkah baiknya sekiranya aku mempunyai seorang kakak. Bolehlah aku meminta pandangannya. Hanya insan yang bernama wanita jualah yang lebih mudah memahami soal hati dan yang melibatkan perasaan kerana jiwa wanita ini amat halus dan penuh perasaan sentimental.

Hari-hari yang kulalui terasa kosong, hambar dan hilang serinya. Begitu jualah yang jelas kelihatan pada raut wajahku. Selama ini aku memang diketegorikan sebagai seorang yang terkenal dengan sikap periang. Tetapi semenjak kebelakangan ini aku mula bertukar watak malah sering bermurung. Bagiku sudah tidak ada makna lagi. Semenjak peristiwa itu aku telah berazam tidak mahu melibatkan diri lagi dalam soal percintaan. Hatiku telah tertutup rapat untuk mana-mana wanita. Aku sendiri pun tidak pasti sampai bilakah ianya akan terubat. Aku juga tidak mahu orang lain menyedari akan perubahan yang berlaku ke atas diriku. Segala susah payah biarlah ku sendiri yang menanggungnya. Bak kata pujanga “Berat mata memandang berat lagi bahuku yang memikulnya.

Ku ingatkan aku boleh bertahan tapi rupanya aku masih belum kuat lagi untuk menerima ini semua. Ku buangkan segala perasaan maluku, pernah ku menangis di hadapan 2 0rang sahabatku. Mereka jua pernah mengatakan yang mereka tidak sampai hati melihat keaadan aku dan takut ianya akan menjejaskan kerjayaku. Malah mereka berdualah yang banyak memberi ku perangsang dan semangat untuk aku terus bangun dari diselimuti oleh perasaan gundah gulana sepanjang masa. Terima kasih kalian berdua “kak jujie dan Kak shiba”.

Berkat sokongan dan dorongan dari mereka aku telah membulat tekad bahawa aku akan cuba sedaya upayaku untuk memilikinya. Bak kata pepatah “alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”. Berbekalkan semangat inilah aku meminta kedua ibu bapaku masuk meminang si dia. Walaupun aku sedia maklum bahawa sidia bakal dijodohkan dengan orang lain. Tetapi kurasakan yang aku masih lagi mempunyai peluang. Sedangkan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai. Inikan pula si dia yang baru hendak dijodohkan dengan orang lain. Bak kata orang ” the best man win”.

Pada mulanya kedua ibu bapaku enggan menurut kehendakku tetapi disebabkan aku beria-ia akhirnya mereka mengalah. Terima kasih buat emak dan ayah. Setelah mencapai kata putus. Ibu bapaku berbincang dengan kedua ibu bapa si dia mengenai hasrat hatiku. Walaupun hanya berbicara melalui telefon, akhirnya mereka bersetuju untuk menerima aku sebagai sebahagian daripada keluarganya.

Akhirnya, setelah pelbagai dugaan telah kuharungi. Aku dan keluargaku berangkat ke Kelantan menghantar rombongan meminang. Ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi, pada tanggal 17/3/2004 cincin pertunanganku telah selamat disarungkan dijari manisnya. Bahagianya kurasakan disaat itu. Aku berjanji dengan orang tuanya bahawa aku akan menjaga anaknya dengan baik serta akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik kepada cucu-cucunya kelak. Insyaalah.

Aku bersyukur pada yang Esa kerana telah memakbulkan doaku selama ini. aku juga berharap agar perhubungan ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Walau sebesar mana pun gelombang yang melanda aku berjanji akan cuba untuk menempuhinya. Aku akan pastikan orang yang aku sayangi akan sentiasa berada disisi.

Kepada pembaca, jadikanlah kisahku ini sebagai satu ikhtibar. Sekiranya kita sayangkan seseorang cepatlah bertindak. Jangan tunggu sampai sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, barulah kita akan menyesal.

cter 3: kopi masin

Dia bertemu dengan gadis itu di sebuah pesta, gadis yang menakjubkan. Banyak jejaka berusaha mendekatinya. Sedangkan dia sendiri hanya seorang laki-laki biasa. Tiada seorang gadis pun yang begitu mempedulikannya. Apabila pesta telah selesai, dia mengundang gadis itu untuk minum kopi bersamanya. Walaupun terkejut dengan undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya. Mereka berdua duduk di sebuah kedai kopi yang begitu nyaman. Si lelaki begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis merasa sangat tidak selesa.

“Cepat katakan sesuatu. Aku ingin segera pulang”, kata si gadis dalam hatinya.

Tiba-tiba si laki-laki berkata pada pelayan, “Tolong ambilkan saya garam. Saya ingin membubuhkan dalam kopi saya.”

Semua orang memandang dan melihat aneh padanya. Mukanya mendadak menjadi merah, tapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam dalam kopi serta meminum kopinya.

Sang gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepadanya, “Kebiasaanmu sangat aneh?”.

“Saat aku masih kecil, aku tinggal dekat laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di mana aku dapat merasakan laut… masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini”,jawab si laki-laki.

“Sekarang, tiap kali aku minum kopi masin, aku jadi teringat akan masa kecilku, tanah kelahiranku. Aku sangat merindukan kampung halamanku, rindu kedua orang tuaku yang masih tinggal di sana”, lanjutnya dengan mata berlinang.

Sang gadis begitu terharu. Itu adalah hal sangat menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang laki-laki yang mengungkapkan kerinduan akan kampung halamannya. Ia pasti seorang yang mencintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Ia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Kemudian sang gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya…Perbualan yang sangat menarik bagi mereka berdua. Dan itu juga merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalin hubungan. Sang gadis menyedari bahawa dia adalah lelaki idamannya. Dia begitu toleran, baik hati, hangat, penuh perhatian…kesimpulannya dia adalah lelaki baik yang hampir saja diabaikan begitu saja.

Untung saja ada kopi masin !

Seperti setiap kisah cinta yang indah: sang puteri menikah dengan sang putera, dan mereka hidup bahagia… Begitulah lelaki dan gadis itu akhirnya bernikah. Dan, setiap kali dia membuatkan suaminya secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, si laki-laki meninggal dunia. Dia meninggalkan sepucuk surat bagi isterinya:

“Sayangku, maafkanlah aku. Maafkan kebohongan yang telah aku buat sepanjang hidupku. Ini adalah satu-satunya kebohonganku padamu—tentang kopi masin. Kamu ingatkan saat kita pertama kali berkenalan? Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin membatalkannya, tapi aku tak sanggup, maka aku biarkan saja semuanya. Aku tak pernah sangka hal itu akan menjadi awal perbualan kita. Aku telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu. Aku telah mencubanya beberapa kali dalam hidupku, tapi aku begitu takut untuk melakukannya, kerana aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apapun darimu… Sekarang saat kau membaca surat ini, aku sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan, maka aku akan mengatakan ini padamu: Aku tidak menyukai kopi yang masin. Tapi sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah aku lakukan padamu. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat berada disampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidupku. Jika aku punya kesempatan untuk menjalani hidup sekali lagi, aku tetap akan berusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku harus minum kopi masin sekali lagi.”

Sambil membaca, airmatanya membasahi surat itu.

Suatu hari seseorang telah bertanyanya, “Bagaimana rasa kopi masin?”

Si gadis pasti menjawab, “Rasanya begitu manis.”

Moral:
Kadang-kadang anda merasakan anda mengenali seseorang lebih baik dari orang lain, tapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...