Sunday, April 22, 2012

LAWAK KE DER 1???

Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".

FACEBOOK OH FACEBOOK


RAJIN KEMASKINI

Tiap-tiap hari ada je status yang ditulis.Dah macam diari harian pun ada kadang-kadang.Orang macam ni selalunya peramah dan suka bersembang dengan kawan-kawan.

SUKA BERMADAH

Bahasanya berbunga-bunga dan penuh dengan makna tersirat sampaikan ikan tongsan je yang mampu faham apa yang dia tulis. orang yang macam ni selalunya mudah tersentap bila di ganggu dan punya jiwa yang sensitif.

GEMAR CUIT-MENCUIT

sekejap cuit sana, sekejap cuit sini. satu hari tak mencuit, tak lengkap kehidupannya maya dia. orang yang macam ni selalunya suka kan perhatian dan rasa gembira bila ada orang cuba ajak die bersembang.

STATUS MISTERI

statusnya penuh dengan teka-teki seperyi contoh: 'tak perlukan..' , 'aku suka..' ,biasanya sengaja di tulis tak lengkap supaya tak nak bagi orang lain faham. orang yang macam ni selalunya suka diam sambil skodeng status orang lain dan jarang bercakap dengan orang lain.

GAMBAR PROFIL PELIK

nama sikit punya jelita tapi gambar profil guna gambar pucuk paku atau pun penunu bunsen. ada pula yang letak gambar artis. orang yang macam ni selalunya rendah diri dan lebih senang kalau orang lain berbual dengan die tanpa mengenal muka die.

(sumber majalah APO?)

p/s: kepada pasangan kapel2.jangan dok ber hubby2 n ber baby2 sangat kat FB..loya lah..he3..yang dah kawen takpe..muahahaha..

Saturday, April 21, 2012

PERIHAL 7 AYAT KALIMAH

1. BISMILLAH pada tiap2 hendak melakukan sesuatu

2. ALHAMDULILLAH pada tiap2 selesai melakukan sesuatu

3. ASTAGHFIRULLAH jika lidah tersasul perkataan yang tidak betul

4. INSYAALLAH jika merencanakan sesuatu

5. LA HAU LA WALA KUWWATA ILLA BILLAH jika sedang marah @ tak suka perkara itu





6. INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN  bila menghadapi & menerima musibah


7. LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya

Friday, April 20, 2012

KENANGAN NAKAL AKU MASA BELAJAR (SEKOLAH-UNIVERSITI)

perbezaan dulu dan sekarang..
Muahahaha..tetibe aku citer kat abg kenangan sekolah dulu.so rase nak kongsi kat sini lak..ala zaman kanak2..semua orang ada citer dia kan???dulu2 aku nakal la jugak..macam2 aktiviti pelik2 aku buat..tangkap ikan la, main lawan2 buah getah, lompat tali, main wau, macam2 la..tapi yang paling aku ingat..time aku jadi samseng (bukan SAMSUNG)..aku samseng ke??bukan samseng tapi nakal..he3..comel sikit bila cakap nakal ni..citer die macam ni...dulu2...

masa tadika
-aku salu buli budak kembar kat sekolah tadika aku ni..sebab???sebab aku tak suka la..die ni banyak luka..luka sana la luka sini la..bekudis lagi...eee geram aku..yang aku bengang sekali bila aku buli die..aku cubit dengan sepenuh tenaga batin aku tu..die wat selamber je..he3..eee geram2..leh lak die wat takde perasaan..tapi sampai sekarang kami masih rapat walaupom aku buli die dulu.he3..siap balik lagi dari KL masa aku kawen hari 2..TQ fren..
-aku salu ponteng tadika..setiap pagi aku akan cari alasan sakit..jap2 sakit perut la, sakit kepala la..lepas abah aku pergi kerja..sihat balik la aku..he3...

sekolah rendah
tahap 1 (darjah 1-3)
-disebabkan masih muda, sikap membuli masih segar lagi...aku teruskan aktiviti aku..hu3..yang tak tahan nye aku salu buli budak2 yang lemah..macam kawan aku tu..ape je orang buat, die diam je..ee geram aku budak macam ni..ape lagi, dengan kesempatan yang ada aku salu lah paw die..hari2 aku mintak duit dengan die..kaya siot budak ni...apa salahnya aku paw sikit kan???he3...sekarang dah kawen dah die..awal lagi dari aku..dengan tokseh carpet..cian die..tapi aku dengar kehidupan die ok..comei jer anak die..alhamdulillah..
-mail...bukan mail lambung yang watak zizan raja lawak tu..tapi mail..he3..ntah mana budak tu sekarang..yang ni aku tak buli sebab dah ramai sangat boy & girl lain buli die...kesian la plak kalau aku pun buli die kan???sampai terberak2 die dalam kelas..ha3...
-aktiviti aku yang lain2..biasa la..tangkap ikan, panjat pokok mangga, rambutan, manggis, jambu..dll..tapi semua aktiviti tu aku buat masa abah aku kerja..dalam pukul 2-5 petang je..pernah kantoi lepas tangkap ikan kat bendang, tengok2 abah aku dah ada kat rumah..haiya balik awal la plak hari ni..jawapan nye...ROTAN!!!!

tahap 2 (darjah 4-6)
-masa ni dah besar dah sikit..aku insaf dah membuli..seronok la pulak berkawan..tapi bila aku dah insaf ni..ada la pulak orang lelaki yang buli aku..tapi bukan aku je..semua budak perempuan kena buli dengan samseng jahat ni...mereka ni geng jahat yang tak sedar diri..jahat giler..pukul girl, letak cermin kat bawah kain girl supaya leh nampak spenda..(kalau pakai..kalau tak pakai???)..
-aku salu balik sekolah menangis..tak tahan la asyik kena buli je..padan muka aku..dulu aku buli orang..hu3..KARMA..tapi yang penting aku dah insaf..salu kena lecturer dengan parents aku..
-lepas masuk darjah 6..aku dah besar la sikit kan??aku salu cerita kat abah aku yang geng budak laki ni jahat..salu buli aku & kawan2..abah pom ajar aku supaya jangan takut & gocoh balik (lawan balik)..dengan semangat yang berkobar2..aku pergi sekolah dan kebetulan anak buah geng samseng ni kacau aku..apa lagi aku gocoh la balik..aku angkat kaki die, aku hempas kat ats meja..aku tumbuk die..sampai la aku menjadi juara..yey!!! yang aku geli..selepas melihat perlawanan ala2 WWE tu, ketua samseng bagi warning kat anak2 buah die supaya jangan kacau aku lagi sebab die dah jatuh cinta dengan aku..uwekkkk!!!!..geli geleman aku..

sekolah menengah
-kisah bertumbuk kat dalam van pak cik mail ni berlaku di sebabkan aku menyanyi lagu dikir barat yang bertajuk KENTUT...
-abang fatah aku suka ajar aku macamana nak menyanyi dikir barat..die pun ajar aku lagu dikir barat tajuk KENTUT tu..bila aku dah hafal semua..tetiba masa hari guru..aku pergi buat persembahan nyayi lagi tu la pulak..dah la solo..adui ape la kekuatan yang mendorong aku masa tu..tak plan pun nak nyayi..tetibe masa die tanya sapa lagi nak buat persembahan tu..aku gie angkat tangan..masa aku tengah nyayi tu..aku tak sedar la lak yang lagu tu leh buat diorang gelak sampai nak putus urat kentut..
-lepas balik sekolah tu, aku naik van sekolah..aku dok kat blakang sekali..kat tengah2 geng pengawas, kat depan sekali mestilah pemandu iatu pak cik mail..masa dalam van tu, leh plak geng pengawas tu kutuk2 aku..die cakap "weh tino mano doh nyayi lagu kentut??hahahaha..lagu macam beruk..hahaha..bla bla bla bla" wah gembira nyer diorang kutuk aku lepas tengok aku ada kat blakang..lepas kutuk tu leh lak gelak sambil mengata lagi..ini telah membangkitkan rasa kemarahan aku nih..mula2 aku tahan dulu..sabar je..lepas dah meletop..aku apa lagi..aku pom..GEDEGOMMMMMMMM...aku pukul kepala salah sekor beruk mekyeh yang mengutuk aku tu..sambil berkata "sedap mulut puak mu deh??aku wat gapo sedap2 jah mu ngata aku??mu ingat mu 5 ekor aku takut ko??mari la kalau nak gocoh gak..jago r puak mu..esok aku bawa pisau kat sekolah aku bunuh puak2 mu"..masa tu pakcik mail mengigil bawa van sambil suruh aku bersabar..budak 5 ekor tu terdiam..ada sekor nak lawan balik tapi aku tempis..last2 diam la sebab menahan kesakitan kena pukul dengan aku tadi.. muahahaha...esoknya diorang takut nak turun rehat & turun pom bawa pengawal keselamatan..jantan2..tahu takut..yang aku plak..acah je nak bawa pisau..aku pom takut diorang bawa parents diorang..ha3..untuk menjamin keselamatan aku..aku pom jumpa pengetua sekolah dan mencertiak semua yang terjadi..akhirnya pengetua panggil diorang dan beri nasihat..berbaik semula & semua kena rotan..termasuk aku..haiya...!!!

matrikulasi
-masa ni la aku jumpa suami tercinta..tapi kes yang aku buat pangai masa minggu orientasi lagi..mane tak bengang nye..banyak giler aktiviti dari pagi sampai malam..yang sakit hati tengah malam2 buta atau pagi2 buta dok panggil lagi..masa tu aku enak di buai mimpi tetibe panggil suruh berkumpul..ok aku turun la..tapi yang au sakit hati..ada sekumpulan geng tu terkedek2 jalan..denganlangkah yang malas..yang kami ni dah tercegat kat bawah ni..leh depa wat pangai lagi..aktiviti tak akan berjalan kalau diorang tak sampai lagi..aku apa lagi menjerit r dengan sekuat hati dalam hening pagi.."woi boleh jalan cepat sikit dop???terhegeh2..lari la cepat sikit"..mungkin kerana terkejut dengan suara aku..semua berlari turun..bukan kat atas tu je yang kalut turun..tapi semua yang ada kat bawah tergamam dengan aku...sampai roomate aku yang 5 orang ni takut dengan aku..diorang tak sangka kot aku garang sebab kat dalam bilik aku ramah giler..semua makanan yang ada kami share..he3..dengan kejadian ini..tak semena2 aku di lantik jadi ketua aras blok aku & ketua kecerian...ish aku ni bukan suka pegang jawatan..aku tak nak..tapi disebabkan semua orang dah angkat tangan sokong aku...maka terpakse la jadi..haduiiiiiii..
-ingat lak masa kenangan kat matrik perlis ni.semua share..kadang2 roti yang harga 50 sen pom share..takde duit masa tu..masa tu raya haji..tapi last2 leh makan beh jugak sebab roomate aku orang perlis, so leh pergi beraya rumah die & tidur sana..mak cik & pak cik baik sangat...sampai sekarang..aku jer yang contact depa..nanti kenduri kawen kat kedah depa nak datang..

institut zaba pasir mas
-di sebabkan lepas matrik tak dapat kos cikgu...aku amik STPM..kat sekolah swasta..yang aku wat hal masa ni di sebabkan ada boy  yang suka kat aku..semua benda nak amik tahu...sampaikan die curi HP aku sebab nak tengok aku mesej dengan siapa..die nak sound sape2 boy yang mesej dengan aku..dah la tengok video aku menari lag rossa..dah la dalam video tu  aku tak pakai tudung..eeeeee geram aku..pepandai ja amik HP aku tanpa kebenaran..apa lagi aku tengking la die depan orang ramai..malu die..padan muka..tapi nasib baik die tak berdendam..lepas tu kami kawan je..aku dengar die belajar agama lepas STPM..hu3..

ukm
haa...kat ukm aku suci..aku tak buat perangai pom...rasenya takde sampai nak gocoh orang..he3..semuanya best kat UKM..lecturer, kawan2...abg pom praktikal kat UKM..so aku leh pantau die hari2....he3..

Tuesday, April 17, 2012

KHAS UNTUK SI PENGANGGUR SEPERTI KU..

Jangan tiru aksi merbahaya beruk makyeh ni ye..xmau2..aku rasa beliau tension xdapat keja panjat pokok kelape hari ni kot..ish3 smpai jd gini beliau ehh..kesiannnn..apa yg kesian??owh kesiannnn..(dialog madu 3)he3
TIPS TAMBAH RASA YAKIN DIRI UNTUK YANG MASIH MENGANGGUR

Graduan menganggur seringkali di salah erti. Biasalah, orang tak ada kerja pastu masih lagi terkapai-kapai mencari kerja. Dalam situasi begini graduan menganggur perlu ada sikap yakin diri. Untuk meningkatkan tahap motivasi dalam tempoh menganggur, berikut adalah 5 tips bagaimana untuk meningkatkan rasa yakin diri:

1. Percaya dan yakin bahawa rezeki ada di mana-mana.  Anda seorang graduan, gunakan kreativiti, kesungguhan digabung dengan tenaga muda. Kalo tak dapat kerja, buat kerja sendiri. Niagakan kemahiran Anda, jual dalam bentuk perkhidmatan. Orang muda sentiasa kaya dengan idea. Duit ada kat mana-mana!

2. Jika orang pandang serong ngan Anda, setiap kali orang pandang rendah ngan Anda, jangan ambil kisah. Just be neutral. Elak rasa terpukul dengan pandangan mereka. Makin di layan, makin sakit hati dibuatnya. Cara terbaik untuk menangani orang camni adalah, biarkan saja mereka. Selepas tu fokus untuk menambah baik diri sendiri. Elak untuk jadi terlalu lama menganggur, buat apa saja kerja halal yang mendatangkan duit.

3. Pilih kawan yang betul-betul punya kawan. Kawan yang baik adalah kawan yang membantu Anda, bukan kawan yang memandang rendah pada Anda. Pilih kawan yang memberi Anda sokongan moral, bukan kawan yang meruntuhkan moral Anda. Memegang status sebagai graduan menganggur amat mencabar, terutama dari segi emosi. Bila Anda dah ada kawan yang memberi dorongan motivasi pada Anda, kesannya Anda akan merasa yakin. Anda akan merasa optimis Anda boleh mendapat kerja.

4. Tahu apa kekuatan-kekuatan diri Anda, iaitu tahu sebenar-benar tahu keupayaan minda Anda. Terokai kekuatan minda Anda dengan perasaan ingin tahu dan Anda akan jumpa berbagai perkara yang boleh membantu Anda. Anda menganggur mungkin sebab Anda tak letak matlamat nak mencari kerja dalam masa terdekat. Anda mungkin tak mendesak minda untuk mencari kerja dan mindset Anda tak meletakkan Anda sebagai pencari kerja yang gigih. Mulai sekarang, ubah mindset.

5. Ubah mindset dengan mengubah ‘title’ Anda. Jangan sebut graduan menganggur. Sebutlah sebagai ‘freelancer’. Orang sekeliling Anda pandang tinggi dengan Anda sebab biasanya freelancer terdiri dari golongan berkemahiran serta berpendidikan. Bila Anda sebut diri Anda sebagai freelancer, Anda akan merasa bersemangat mencari kerja dan ‘mengadakan’ kerja, mungkin terdorong untuk bekerja sendiri. Kan bagus begitu?

Ingat, menganggur tak semestinya gelaran tak baik dan tak semestinya gelaran buruk untuk Anda. Elak merasa rendah diri hanya kerana Anda graduan menganggur.

Anda menganggur mungkin sebab Anda tak mengadakan kerja, tak membuat kerja dan tak berusaha melakukan sesuatu kerja yang boleh mendatangkan duit. Graduan menganggur sebenarnya bukanlah menganggur, tapi sedang berada dalam situasi menyesuaikan diri dengan mana-mana pekerjaan yang dia rasa selesa.

Menganggur tak semestinya tak bekerja langsung. Menganggur adalah saat yang baik untuk Anda memperbaiki diri, menambah baik kemahiran serta mengenali kekuatan diri yang tersembunyi.

Wednesday, April 11, 2012

Ho ho HO BaLiK kAmPuNg..

Sekarang aku kat kampung..seminggu je..saje je balik..dok kat KL bukan kerja pun..hu3..kelmarin aku, abang fatah & abah aku bawa ma ke Hospital KB..tapi sebelum tu aku telefon dr.aifa dl..leh tak nak bawa maa sebab tarikh temujanji dah lepas..bulan februari lepas tapi takda sapa bawa ma..so dah balik kampung ni aku bawa la..sekarang dr.aifa bercuti..nak exam katanya..so aku wish gud luck kat dia..yang tak tahan nye sempat lagi tanya aku dah kerja ke belum..hu3..malu lak nak jawab..ah bagitahu jelah..i'm jobless..hu3..aku telefon lak pejabat tanya pasal kelewatan tarikh tu,nasib baik die bagi datang..so teruskan perjalanan ke sana..bila doktor check..doc cakap polit (isi lebih) kat dalam telinga maa dah takde..syukur la..cuma sekarang maa cakap sakit badan je..tapi dah sihat la dari dulu..dulu dok terbaring je..sekarang bukan main lagi ronda kampung..dah macam jkk lak..hu3..setiap hari rabu dengar ceramah agama kat surau..ase gembira lak tengok maa dah sihat macam dulu..hari khamis ni nak bawa maa ke klinik kesihatan pasir mas plak..dah lama tak check kencing manis & darah tinggi maa..ubat pom dah habis..sempat la amik ubat untuk beberapa bulan..sekian..

Monday, April 9, 2012

PENTING!!!: DOA KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 4 BULAN

hanya ingin mencapap semate2..he3
Tajuk ni aku dapat masa dok tengok rancangan tanyalah ustazah..die bagitahu yang semasa kandungan berusia 4 bulan..masa ni lah akan ditiupkan roh kat baby dalam kandungan...so masa ni jugalah baby ni akan ditentukan 4 perkara iaitu:

1. USIA
2. REZEKI
3. AMALAN
4. NASIB

so bagi ibu2 bapak2 (ceh macam lagu wali band la plak) yang bakal menjadi ibubapa mahupom dah ada anak tapi nak tambah lagi team 2..perlulah mendoakan anak2 dalam kandungan tu berdasarkan 4 perkara yang telah ditaip seperti kat atas tu....contohnya mendoakan supaya usia anak kita panjang, anak kita dilimpahkan rezeki, anak2 yang soleh n solehah n nasibnya sentiasa baik..amin...selamat mendoakan ye..

p/s: kalau nak start doa dari awal mengandung pom takpe..lagi bagus..selamat beramal..

Tuesday, April 3, 2012

Aku Dapat Anak Kembar???

wah best nyerrrrrrrrrrr..tapi itu hanya mimpi indah..hu3..semalam aku mimpi dapat anak kembar taw..rase hepi sangat bangun pagi tu...he3..tapi tak sempat tahu anak tu boy ke gurl sebab dua2 dah bungkus dengan kain lampin...takpelah janji kembar..aku nak sangat anak kembar..tak tahu kenape..mungkin nampak comel ada anak yang wajah sama..eeeeee comel!!!!!!..tapi kalau kembar tak seiras pom xpe..janji kembar..mintak2 la dapat anak kembar..sekali pom takpe..hu3..mintak2 rezeki murah & dapat anak kembar yang sihat, comel, putih, sempurna..& yang paling penting dapat anak yang soleh or solehah..nanti aku mati..ada la anak yang mendoakan aku..buat masa sekarang tak kisah la dapat anak solo ke kembar ke...semua tu rezeki..aku & abg terima seadanya..

yang kat atas tu..mimpi aku....sekarang aku nak criter yang anak buah aku lak yang mimpi..ainsyah..pada malam dan hari yang sama..kami mimpi serentak..he3..apakah makne nyer???jeng3...ok criter die lak macam ni..

mula2 ainsyah nampak anak2 aku ni tergedik2 depan die..my gurlz geleng2 kepale kat ainsyah..ainsyah tengok muka die.sorang mata biru sorang mata coklat..yang mata biru dudok depan ainsyah..yang mata coklat dudok dengan aku depan pintu sambil aku main internet...lepas tu ainsyah ingat, yang aku pernah impikan yang aku nak anak2 yang macam ni..kami pom borak2..

ainsyah: sue taknak ambik gambar die ke?? (dengan muka geram sebab tengok anak2 aku yg comel tu..he3)
aku: buat ape??
ainsyah: laaaa..letak kat internet la..KEMBAR tuuu..
aku: tak yah dah ada dah kat internet..semua yang sue nak dah dapat..idung mancung, bibir merah, bulu mate lentik, putih gebu..kembar lagi..lagi special..(baby gurlz)

aku pun tanya anak2 aku..kan???betul tak anak MAMA??? lepas tu anak aku pom senyum &  mengiyekan je apa yang aku cakap...pastu diorang pom menari2..& berlari ke arah ainsyah & peluk ainsyah erat2.... tamat.











MAMA???so panggilan kat aku nanti mama ke???abg lak???PAPA kot...he3...hari ni topik mesej kami sal dapat anak kembar la...abg bukan main seronok lagi dengar cerita mimpi aku tu...he3..sama2lah kami doa..korang pom doakan aku jugak taw..he3.aminnnnnn.....adiossssss....

Monday, April 2, 2012

genap setahun menganggur???????

kerja oh kerja..kenapa lah susah sangat  nk dapat keja ni ek??aku dah bosan giler ni..masuk bulan ni dah genap lah setahun aku menganggur lepas abis praktikal kat MOF bulan march tahun lepas..hurmmmmmmm...kawan2 aku yang lain kebanyakan nye dah keja..contoh nye ella n pera..walaupom kerja untuk sementara, tapi sekurang2nya diaorang kerja..buat masa sekarang aku melepak je kat KL ni..nk kata xapply kerja..dah banyak aku apply..tapi bila panggil interview..aje jer masalah aku untuk ke sana...aduiiiii...yang pekerja sambilan harian(PSH)  yang aku apply kat KPM hari 2 ada call tapi aku tak sempat angkat..so tlepas la plak..hurm..malu betul la bila menganggur ni..belajar tinggi tapi tak kerja..haduiiiiii..kalau ijazah xdapat kerja..kalau master agaj2 senang x nk dapat kerja????



pasal nak sambung master 2..aku dah dapat dah surat tawaran..tapi buat masa skarang aku terpakse tangguh dl..aku dapat PENDIDIKAN EKONOMI...he3..macam best la jugak kan???tapi nak bt macamana..terpakse tangguh  la dl...hu3..kalau ada orang nk sponser xper gak..aiyshah kawan aku..dah sambung master kat UUM..best sangat crite die..jeles pulak aku mendengar nye...dapat kawan dari macam2 negara..kena cakap bi..leh la blajar cakap bi..dapat pengalaman yang berbeza..best kan???pastu die cakap bila die kawin bulan 5 ni kawan2 die dari china, nigeria, n macam2 negara lagi tu nak datang..uwaaaa..jeles..nak la gak kawan2 dari oversea 2..bila la aku nak bahagia macam die..tapi aku bahagia untuk die..die baik sangat..dah la comel..kan best ada anak macam die..comei..k la..doakan aku juga mendapat kegembiraan kelak..amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...